Rabu, 15 Oktober 2025

LETERIK PADAM - APA TERJADI ?


Lembah Klang, sebahagian Johor, Perak terputus bekalan elektrik

Gangguan bekalan elektrik yang secara besar-besaran telah melanda sebahagian besar Lembah Klang, dan beberapa kawasan di negeri-negeri lain turut melaporkan gangguan yang sama.

Bekalan elektrik dilaporkan terputus pada sekitar jam 4.15 petang tadi.

Di Lembah Klang, Kepong dan beberapa bahagian di Petaling Jaya - termasuk SS2, Seksyen 51A, PJ Old Town, Seksyen 14, dan Gasing Indah - adalah antara kawasan yang terjejas akibat gagguan secara mendadak itu.

Tenaga Nasional Berhad (TNB) dalam kenyataan di Facebook berkata, pasukan teknikalnya sedang berada di lokasi untuk melakukan kerja-kerja membaik pulih bekalan elektrik.

ADS

Menurut TNB, pihaknya sedang menerima jumlah aduan yang tinggi dan sedang berusaha mempercepatkan kerja-kerja pembaikan.

"Kami mohon maaf atas kesulitan yang dialami dan kesabaran anda sepanjang tempoh pembaikan amat kami hargai," kata TNB sambil mengingatkan pengguna agar berhati-hati ketika mengendalikan peralatan elektrik.

Sebagai tip keselamatan, TNB berkata ini, ini kerana bekalan mungkin akan dipulihkan pada bila-bila masa.

Sementara itu, menerusi ruangan komen di laman sosial TNB CareLine itu, beberapa pengguna turut melaporkan gangguan bekalan elektrik di beberapa kawasan di luar lembah Klang.

Ini termasuk di Ipoh, Perak; Johor Bahru dan Pasir Gudang, Johor serta beberapa kawasan di Negeri Sembilan.

Bagaimanapun, setakat ini pihak TNB belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung isu gangguan bekalan elektrik yang berlaku selain daripada yang berlaku di sekitar Kepong

APA DAH 

JADI LETERIK

PADAM?

AMIN

PROJEK APA 

 INI  SAPA UNTUNG?

JENG JENG JENG

MENGOLAH

PERSETUJUAN 

UNTUK BUAT JANA

KUASA ?

KAH KAH KAH

KHALAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan