Selasa, 28 Oktober 2025

MARWAN BARGHOUTI - MANDELA PALESTIN !!!

 



Marwan Barghouti boleh bantu satukan rakyat Palestin, konflik di Gaza - Anak

RAMALLAH: Anak kepada tokoh politik Palestin yang dipenjarakan tentera Israel, Marwan Barghouti, menggesa Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump supaya mengambil peluang daripada gencatan senjata di Gaza untuk membebaskan bapanya dan menghidupkan semula penyelesaian dua negara bagi konflik Timur Tengah.

Marwan Barghouti, 66, yang sering digelar penyokongnya sebagai 'Mandela Palestin' adalah antara pemimpin utama intifada kedua bagi kebangkitan rakyat Palestin pada awal 2000 serta sering disebut sebagai pengganti berpotensi kepada Presiden Palestin, Mahmud Abbas.

Pemimpin pergerakan Fatah itu dihukum penjara seumur hidup dan tambahan 40 tahun penjara pada 2004 selepas mahkamah Israel mendapati beliau bersalah merancang serangan hendap dan serangan berani mati terhadap warga Israel ketika Intifada Palestin Kedua.

Barghouti menafikan semua tuduhan itu.

Namun, hukuman berat itu tidak menjejaskan popularitinya dalam kalangan rakyat Palestin.

"Beliau berkemampuan dan mempunyai rekod kepimpinan yang membuktikan keupayaannya untuk menyatukan rakyat Palestin.

"Individu seperti beliau adalah peluang besar bagi masyarakat antarabangsa untuk membuktikan kesungguhan mereka menyokong penyelesaian dua negara," kata anaknya, Arab Barghouti, dalam temu bual bersama AFP di Ramallah, Tebing Barat yang diduduki Israel, pada Ahad lalu.

Kenyataan Arab Barghouti itu dibuat selepas beberapa negara termasuk Perancis, Britain dan Kanada secara rasmi mengiktiraf negara Palestin bulan lalu.

Beliau adalah ahli keluarga kedua yang membuat rayuan kepada Presiden AS bagi membebaskan Marwan Barghouti. Awal bulan ini, isterinya, Fadwa, turut menggesa Trump supaya campur tangan.

Dalam wawancara bersama majalah Time pada 15 Oktober lalu, Trump berkata, beliau akan membuat keputusan berhubung perkara itu, namun tidak menyatakan tempoh masa.

Walaupun tidak dibenarkan berhubung secara langsung sejak tiga tahun lalu, Arab Barghouti menegaskan bapanya mewakili perpaduan Palestin serta harapan terbaik bagi mencapai penyelesaian dua negara antara Palestin dan Israel.

Sebagai ahli lama parti Fatah pimpinan Abbas, Marwan Barghouti terus dipilih semula ke dalam jawatankuasa pusat parti itu, termasuk dua kali ketika beliau berada di dalam penjara.

Pada 12 Oktober lalu, Trump mengisytiharkan bahawa perang Gaza sudah berakhir selepas perjanjian gencatan senjata antara Israel dan Palestin mula berkuat kuasa sekaligus menandakan titik perubahan dalam konflik yang meragut puluhan ribu nyawa sehingga menyebabkan kemusnahan besar di wilayah Palestin.

Trump turut merangka 20 perkara pelan damai termasuk pembebasan tebusan Israel, penarikan tentera Israel dari Gaza dan penghantaran bantuan kemanusiaan berskala besar ke wilayah yang terjejas. - AFP

ZONIS ISRAEL

TIDAK AKAN

BEBASKAN 

MARWAN 

AMIN

MARWAN AKAN

MENGANCAM

AJEN ISRAEL

MAHMOUD ABBAS

AMIN

MARWAN DARI

FATAH PEJUANGAN

MAHMOUD DARI

FATAH PEMBELOT

KHALAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan