PN Desak KPM Dedah Punca Kematian Pelajar Tahun Empat di Seremban
KUALA LUMPUR, 12 Okt 25 – Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) menzahirkan rasa kesal dan dukacita terhadap tahap keselamatan di sekolah-sekolah kerajaan yang disifatkan semakin membimbangkan, susulan insiden kematian seorang murid tahun empat di Seremban baru-baru ini.
Ketua Whip PN, Takiyuddin Hassan, dalam kenyataannya hari ini, mendesak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk mendedahkan punca sebenar kematian pelajar berkenaan serta menjalankan siasatan menyeluruh tanpa sebarang kompromi.
Menurut beliau, siasatan perlu menjawab persoalan sama ada pelajar terbabit meninggal dunia di dalam kawasan sekolah dan adakah kematiannya berpunca daripada perbuatan jenayah.
“Apa yang menghairankan, kes ini difahamkan hanya diklasifikasikan sebagai kes buli dan disiasat di bawah Seksyen 507C Kanun Keseksaan, bukannya kes bunuh di bawah Seksyen 302,” katanya.
Takiyuddin berkata, PN turut kecewa dengan reaksi perlahan KPM yang dilihat tidak mengambil tindakan tegas, termasuk gagal menubuhkan jawatankuasa siasatan khas di peringkat kementerian.
“Menteri Pendidikan sepatutnya segera memberi penjelasan kepada rakyat. Namun, beliau hanya menyebut masih banyak perkara yang perlu diperhalusi dan ia mengambil masa. Ini bukan masa untuk berlengah,” tegasnya.
Beliau menegaskan bahawa sekolah harus menjadi tempat paling selamat untuk pelajar, namun siri kejadian tragis yang berlaku kebelakangan ini menunjukkan kelemahan serius dalam pengurusan keselamatan dan pemantauan oleh pihak berwajib.
“Kementerian Pendidikan perlu memikul tanggungjawab penuh terhadap keselamatan pelajar. Kegagalan menjamin keselamatan di sekolah rendah adalah sesuatu yang amat memalukan,” ujarnya.
Kenyataan PN ini hadir selepas laporan mengenai kematian seorang murid tahun empat di Seremban, yang ditemui tidak sedarkan diri di dalam sekolah dan disahkan meninggal dunia kemudian. @politiko.my

Kes rogol budak sekolah oleh budak sekolah berlaku diMelaka!
BalasPadamParti BERSATU jadi ikon kepada pelajar2 lelaki yg merogol.
Satu, Rajim Tamby Cik kaki pedofil remaja adalah salah satu pemimpin top BERSATU Melaka.
Dua, Ketua Armada BERSATU, Hilman Adham SetPol Jemin Semburit terpalit dgn kes rogol mabuk kombinasi minum arak bebas dan seks bebas dari konon Pejwang Melayu dan Islam.
Jadi pelajar2 lelaki Melaka yg merogol ikut contoh BERSATU lah!