Rabu, 1 Oktober 2025

NGA SAM PAH WAJIB DI LAWAN



Kesal ada pihak menangguk di air keruh, politikkan URA – Nga Kor Ming

KUALA LUMPUR – Kerajaan melahirkan rasa kesal dengan pihak tertentu yang cuba menjadikan Rang Undang-Undang (RUU) Akta Pembaharuan Semula Bandar (URA) sebagai modal politik sempit.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata, kerajaan tiada masalah jika teguran dan kritikan itu berlandaskan politik membina.

“Kita tak mahu ada pihak-pihak mengambil kesempatan, menangguk di air yang keruh untuk mencari kesempatan modal politik, itu memang tidak dialu-alukan, itu kita tak nak.

“Kita nak politik yang membina, kita tolak politik yang membinasa, jika ada pandangan, kita alu-alukan, tiada isu,” katanya pemberita selepas Persidangan Antarabangsa ke-16 Bandar Lestari Bertaraf Dunia (WCSC) 2025, di sini, hari ini.

Menurut Kor Ming, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sentiasa menyambut baik pandangan bernas dan teguran konstruktif.

“kKmi sedia mendengar, kami adalah kerajaan yang mendengar, kami adalah kerajaan yang mengalu-alukan pendapat yang membina,” katanya.

Selain itu, katanya, pembaharuan semula bandar merupakan terma utama dalam WCSC 2025.

“Kita nak pastikan pembangunan mampan, kita perlu ada satu kerangka undang-undang yang komprehensif untuk memastikan kerja-kerja pembaruan semula ini.

“Pada masa, pembangunan semula bandar juga menjamin hak dan kepentingan pemilik asal,” katanya lagi. –

MEMANG BETUL

URA DIPOLITIKKAN

AMIN

MEMANG BETUL

KITA MENANGGUK

DI AIR KERUH

AMIN

MEMANG  BETUL

KITA  MENGAHSUT

AMIN

DEMI UNTUK

SELAMATKAN

TANAH MELAYU 

DARI MENJADI

NEGARA CUKONG

KHALAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan