PAGI INI
PAGI INI
SENIN 6 OKTOBER 2025
HARGA TELOR
TELOR
Tok Arab dari Saudi – Mesir – Libya – Tunis – Telok – semua sedang garu telor – angguk angguk sokong Trump.
Tapi bukan Telor Tok AraB yang gua nak cerita – Ini harga telor di pasar – DAH NAIK JADI 14 ringgit 50 sen sepapan – Satu papan ada 30 biji ertinya 50 sen sebiji – jeng jeng jeng – Apa dah jadi – subsidi dah kena tarik – jeng jeng jeng.
Gua tahu berita ini kerana kawan gua cerita – Dia bengang dengan Mat Sabu yang jaga telor – Gua pula beli telor tiap minggu di Chow Kit – 15 biji harga 9 ringgit – gred A kata tuan penjual. Mahal dari harga pasar besar,
BERAS – gua sekarang nak cari beras hancur yang tidak dalam plastik – tak jumpa – nak cari yang paling murah nak masak untuk warga Hokkien – Tak Jumpa – dalam kedai Bangla di Brickfeilds ada jual dalam bungkus plastik – 5kg 20 ringgit – yang terbuka lebih murah tak ada.
Gua rasa keadaan dah mengenap – semua dah tahu macam mana nak beli ron kah kah kah. Orang tak ada kereta tak ada lesen macam gua tak perlu risau. Gua akan marah dan risau jika tambang LRT naik – kah kah kah
ARWAH ZARA
Nampaknya makin jelas – bukan nak cari sapa BULI Zara - tapi nak timbulkan kesah watak Zara ini yang menyebabkan dia terjun dari tingkat tiga.
Ada Doktor mempertikaikan kecederaan Zara – tak munasabah jatuh dari tingkat tiga TAPI remuk seluruh badan – jeng jeng jeng – macam dah masuk mesin basuh kah kah kah.
PATOLOJI MESIN BASUH
APA JADI dengan Mamat yang klim Pakar Patologi ? Apa jadi dengan Cik Gu yang klim Zara di masukkan ke dalam mesin basuh – SEMUA berita mati tengah jalan - goncang -goncang tapi tak pancut kah kah kah. AMIN
VENEZEULA
Sebuah lagi kapal warga Venezuela di bedil oleh Amerika. Trump tuduh kapal laut ini nak bawa dadah masuk ke Amerika.
ISRAEL
Soldadu Zionis Blackrock terus mengebom Gaza walau pun di katakan Janji Damai telah di terima oleh Hamas.
INDONESIA
Seramai 49 anak sekolah mati terbunuh - hampir seminggu. Bangunan sekolah agama runtuh. Masih ramai lagi hilang.
MOROKO
Anak muda Gen Z 212 terus berdemo - lawan rasuah dan kerajan zalim. Tiga orang telah tewas. Paling menarik gerakan ini tanpa ada yang menjadi PEMIMPIN – semua di susun melalui media sosial. Bendera Lanun Luffy berkibar.
UKRAINE
Zelensky naik marah kerana Eropah tak ambil pot bila Rusia terus serang Ukraine.
AUSTRALIA
Satu jantan melepaskan tembakan rambang di satu jalan yang sibuk di Sydney. Seramai 20 cedera.
HOKKIEN
Pagi ini cerah segar. Matahari bersinar. KL & KL Sentral berkabus nipis. Kemarin hujan tak jadi.
Gua berjalan arah ke mata hari – gua nikmati cahaya panas – waktu pulang gua jalan terbalik – sekali lagi gua rasa nikmat matahari pagi – ini Vitamin D.
Dua Puppy Kuning berkejar datang. Jantan Baik ikut sama. Kali ini mereka bertiga makan – yang lain tidak kelihatan.
Berjalan pulang Jantan Bak ikut mengekor sama – gua tinggalkan sedikit friskies atas makam . Gua rasa Jantan Baik ini nak berkawan tapi pasti ambil masa.
Dari jauh gua dengar suara Tiong – Apakah mereka dah sampai ke tempat nasi ? Selamat makan Tiong.
Hari. Ini pasti panas – Hujan petang bawa sejuk. Amin
BRO
SENYUM
SENYUM DI PAGI
SENIN
BRO
Lu jangan suka berjanji dan lu tidak tunaikan. Lu akan jadi Madafaka.
BRO
Layari hidup ini dengan mengurangkan janji.
BRO
Bukan janji dan ucapan yang peting – tapi apa yang lu lakukan – ini makna hidup. Amin
LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BEKERJA

ooi kalau pejuang sangat, pergilah gaza dan angkat senjata lawan israel. ini tuduh orang zionis. kalau kita zionis, dah lama kau tu dicincang lumat! kami tunggu aje bila kau mati, kami pasti akan beramai-ramai kencing atas kubur awak. kubur semua keturunan akan kaki kencingkan secara berjemaah. ptuih!
BalasPadam