Jumaat, 10 Oktober 2025

PAGI INI


PAGI INI




PAGI INI
JUMAAT 10 OKTOBER 2025
DAMAI SAMPAI ?

GAZA
Di lapor kabinet Setanyahu telah meluluskan Fasa Pertama Perjanjian Damai. Tawanan Hamas dan tawanan  Isreal di bebas.  Soldadu Zionis  mengundur dari Gaza. Bantuan makanan dan perubatan masuk. Ini hanya Fasa Pertama.

Kemudian 200 soldadu dari Mesir, Turki  dan Qatar akan masuk untuk memastikan sempadan dan perjanjian di hormati. Soldadu Amerika tak masuk.

Dalam kabinet Setanyahu BUKAN semua sokong Projek Damai.  Parti Kuasa Yahudi -Ben Gabir – menolak kerana Hamas masih wujud belum musnah.

AHAD ini Presiden  Trump akan terbang ke Mesir untuk tanda tangan – macam Jimmy Carter dengan Sadat dan Begin – Perjanjian Camp David.

Kemudian Trump akan pergi ke Tel Aviv untuk berucap dalam Parlimen.

 Warga Gaza – warga Palestin – warga dunia gumbira – genosid berhenti. Pembunuhan tamat.  Dalam masa yang sama masih ramai warga Palestin dan warga dunia yang was was dan skeptik . Ini kerana dari sejarah yang lalu Zionis Blackrock tidak boleh di percayai.

Apa pun kita alu-alu berhentinya pembunuhan.

Tapi dalam masa yang sama agenda PALESTIN MERDEKA masih belum selesai. Amin.

HADIAH NOBEL
Trump mula berangan-angan untuk ke Stockholm untuk menerima hadiah Nobel Keamanan.  Ini memimpi basah Trump. Tapi tahun ini tidak mungkin.  Pada 10 Oktober mesyuarat  lembaga Hadiah dah bersurai. Tunggu tahun depan.

NORWAY
Kerajaan Norway merasa cuak – jika Lembaga Hadiah Nobel tidak memberikan hadiah pada Trump. Trump kaki buli mungkin akan kenakan tariff – kah kah kah.

INDONESIA
Udang yang di eksport ke Amerika di pulangkan kembali ke Jakarta. Ini kerana udang ini mengandungi radio aktif.

UKRAINE
Zelensky akan mencadangkan Trump untuk mendapat Hadiah Nobel Keamanan jika Perang Ukraine tamat.

GAZA
Hamas tolak cadangan Trump untuk tubuhkan Lembaga Keamanan untuk Gaza.

INDONESIA
Kerajaan Prabowo larang  atlet Zionis Isreal masuk ke Kejohanan Gimnastik 2025  yang akan di adakan di Jakarta – bermula pada 19 – 25 Oktober  ini.

SIAM
Seramai 700,000 warga Siam kena penyakit influenza. Seramai  71 orang mati. Ini data tahun 2025.

HOKKIEN
Pagi ini cerah segar. Langit biru pucat. Matahari belum muncul. KL & KL Sentral cerah. Angin kuat malam tadi.

Ha ha – pagi ini Puppy Kuning dan Jantan Baik menyambut gua – Gua  masih jauh dari depan Pokok Ara – tiga ekor ini dah berada di tengah jalan menyambut gua sampai.

Bila gua letak makan – WOW ramai yang datang – termasuk keluarga Puppy Hitam – kali ini TIDAK ada salakan – semua gumbira dapat makan.

Bila gua beredar –  gua nampak  dua ekor Gagak terbang ke arah tempat makan. Gua hairan mana Gagak ini tahu ada nasi atas  makam.

Bila berjalan pulang dua Puppy Kuning dan Bantan Baik ikut sama. Kali ini nampaknya Ezi dan Tak Tak dah ada saudara baru. Gua gumbira melihat apa yang berlaku.  Mereka dah mula  berkenalan baik. Tapi BELUM intim.

Hari ini akan panas. Jap lagi gua nak ke Pasar – esok pagi gua ada program – maka wajib ke pasar pagi ini. AMIN

BRO
SENYUM
SENYUM LAH
DI PAGI JUMAAT

BRO
Ramai peminat air nira
Dari dulu zaman berzaman
Damai sampai kita  gumbira
Perang berhenti Gaza aman

BRO
Memang enak air nira
Rasa manis tanpa gula
Tawanan bebas keluarga gumbira
Hati was-was perang bermula

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI

SELAMAT BERJUMAAT

Tiada ulasan:

Catat Ulasan