PAGI INI
PAGI INI
JUMAAT 17 OKTOBER 2025
REVOLUSI BOLSHEVIK
LENIN DAN REVOLUSI
Hari ini ialah hari kemenangan REVOLUSI BOLSHEVIK RUSIA. Pad 17 Oktober 1917 – Lenin , Trotsky dan kawan-kawan dari Parti Komunis Rusia berjaya menjatuhkan kerajaan feudal Czar Nicholas.
Revolusi Bolsheviks mengajukan garis Marxist pertama dalam dunia. Rakyat Rusia, soldadu Rusia kaum tani Rusia bangun melawan kaum feudal Rusia.
Inilah REVOLUSI PETAMA dalam dunia di mana buruh – tani – soldadu dan pelajar bangun melawan kerajaan yang zalim. Dari Revolusi Bolsheviks inilah muncul revolusi yang lain dalam dunia.
Dari Revolusi ini muncul ideologi MARXIST-LENINIST yang membuka Revolusi China dan gerakan Revolusi di Vietnam – di Indonesia – di Tanah Melayu .
Hari ini adalah HARI RAYA untuk kaum Marxist Sedunia.
Idea dan pandangan Karl Marx di terjemahkan oleh Lenin. Sosok yang bernama Lenin ini mengembang dan menambah lagi ilmu perjuangan kaum buruh dan tani.
Dari pengalaman di Rusia muncul banyak Parti Komunis dalam dunia ini. Hampir tiga suku umat dunia adalah hasil pengaruh 17 Oktober. Hari ini tradisi Bolsheviks telah di ambil oleh Gen Z dengan kibaran Bendera Luffy. Amin
SEKOLAH APA DAH JADI?
Seminggu ini ada kes bunuh , ada kes rogol berlaku di sekolah. Kesian Menteri Pelajaran kena tibai – Untuk gua ini tak betul.
Jenayah bukan disebabkan oleh Menteri – jenayah ini lahir dari sistem budaya kita – Budaya sedang berubah – di ubah oleh INTERNET – justeru cara lama – cara dulu untuk pembelajaran tidak lagi berupaya melawan arus INTERNET.
MEDIA SOSIAL kini lebih berkuasa cari Ibu Bapa. AI lebih berkuasa dari TUHAN. Ini lah ledakan perubahan yang sidang kita hadapi.
Pembunuhan rogol di sekolah HANYA MANIFESTASI dari perubahan pembudayaan yang di bawa oleh INTERNET dan MEDIA SOSIAL.
Jangan salahkan Menteri Fadhlina – biar dia terus berada dengan jawatan – ini molek untuk kita jadikan DIA peluru untuk menembak Madafaka. Kalau Fadhlina berhenti adalah satu kerugian besar . Adalah lebih baik dapat musuh yang bodoh lagi bebal – senang buat kerja MENGHASUT. Amin
AMERIKA
Trump kata dia talipon Putin. Ini kerana hari Jumaat ini Zelensky dari Ukraine akan datang jumpa Trump. Malaon ini nak minta senjata dari Trump.
GAZA
Gencatan senjata goyah. Isreal marah kerana mayat tawanan masih belum semuanya di pulangkan. Hamas berkata mayat masih di cari dalam runtuhan bangunan.
PAKISTAN
Gencatan senjata – gaduh antara DUA ISLAM – sedang berjalan. Menteri luar Pakistan mahu rundingan berjalan dengan Taliban di Kabul.
GAZA
Dalam masa 24 jam yang lalu soldadu Isreal telah bunuh 24 orang Arab Palestin - walau pun ada gencatan senjata.
SIAM
Bom meledak di Narathiwat – 10 orang cedera.
INDONESIA
Panas bukan main panas kini melanggar kawasan Jawa dan Nusa Tenggara.
HOKKIEN
Pagi ini basah segar – kemarin hujan. Langit berawan putih. Matahari belum muncul. KL & KL Sentral berkabus nipis.
Gua terdengar suara Tekukur dan suara Tiong – tertiba muncul Siti dan Jantan Baik- dua ekor ini dah datang sambut gua – agak jauh dari wilayah Pokok Ara. Gua menuju ke Wakaf – ramai Puppy mula turun untuk bersama makan.
Sesudah memberi makan – gua berjalan terus – Siti mengekor – dia tahu ada spesial Friskies – Berjalan pulang gua nampak Tiong juga melompat lompat diatas makam mencari nasi. Yang lain DAH KENYANG – menjalar atas jalan.
Tak Tak dan Ezi makin selesa dengan Warga Hokkien.
Hari ini jika petang hujan. Malam sejuk santai seperti kemarin.
BRO
SENYUM
SENYUM
DI PAGI JUMAAT
BRO
Sosok paling penting untuk menepati janji ialah diri lu sendiri.
BRO
Jangan hanya bercakap – turun berdemo. Jalan hanya berkata – lakukan. Jangan hanya berjanji - tunaikan.
BRO
Cara terbaik untuk menepati janji ialah jangan memberi janji. Amin
LAKUKAN SEKARANG
LAKUAKN HARI INI
SELAMAT BERJUMAAT


Kalau bagi binatang liar makan di tempat awam kena denda RM 300 di Pulau Pinang. Kah kah kah tapi rasuah curi sapu terowong RM 200 juta digelar pemimpin politik kah kah kah, inilah tahap manusia yang ada sekarang woit, kalau orang politik menjadi perasuah pencuri duit rakyat penjawat awam menjilat jari menunggu habuan naik pangkat dan jawatan kah kah kah dua kategori sama menyusahkan orang ramai
BalasPadam