Isnin, 27 Oktober 2025

TAHNIAH FARHASH - INI BETUL DAN TEPAT



Farhash saman Rafizi RM10 juta

Bekas Setiausaha Politik Anwar Ibrahim - Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak menyaman Rafizi Ramli atas dakwaan memfitnahnya berhubung dua video yang disiarkan oleh bekas menteri ekonomi terbabit di media sosial.

Saman itu difailkan pada 10 Okt melalui Tetuan Ahmad Deniel, Ruben & Co, selepas Rafizi tidak mengemukakan permohonan maaf kepada Farhash berhubung video yang didakwa memfitnah itu.

Farhash menuntut ganti rugi am RM10 juta berserta ganti rugi teruk, teladan, punitif dan kos daripada tindakan ini daripada bekas Rafizi yang juga bekas timbalan presiden PKR.

Dalam saman dua video disebut iaitu bertajuk Tangani isu Farhash, elak jadi beban lebih besar kepada kerajaan – yang diterbitkan pada 25 Julai lalu – serta Bukan Ismail Sabri, Bukan KJ (20 Ogos).

Video pertama terkait tindakan Rafizi mengaitkan Farhash dengan skandal lesen cari gali mineral di Sabah, manakala yang kedua, pendedahan pertemuan Ahli Parlimen Pandan itu dengan pemberi maklumat sejurus sebelum insiden anaknya diserang pada Ogos lalu.

Rafizi mencadangkan serangan ke atas anaknya yang berusia 12 tahun di tempat letak kereta pusat beli-belah Putrajaya mungkin merupakan akibat langsung daripada pertemuan tersebut.

Farhash bagaimanapun menafikan dakwaan tersebut dan menganggap ia sebagai “gila”.

Dalam samannya, Farhash menuntut ganti rugi am sebanyak RM10 juta, serta ganti rugi teruk, teladan dan punitif, kos guaman, dan injunksi untuk menghalang Rafizi daripada terus menerbitkan atau menyebarkan kenyataan serupa mengenainya.

Farhash mendakwa kenyataan Rafizi secara palsu menyiratkan bahawa dia terlibat dalam salah laku, rasuah, dan manipulasi politik, selain menggambarkan dia sebagai orang yang tidak boleh dipercayai dan tidak beretika, dengan niat untuk mencemarkan reputasinya dan menurunkannya dalam pandangan awam.

Dia berhujah video tersebut telah ditonton dan dikongsi secara meluas di media sosial menyebabkan kekeliruan dalam kalangan orang ramai dan menjejaskan kredibilitinya sebagai ahli perniagaan dan tokoh awam.

Pernyataan tuntutan itu menegaskan dakwaan Rafizi adalah tidak benar, tidak berasas dan didorong oleh niat jahat.

Farhash – yang pernah menjadi setiausaha politik kepada Anwar Ibrahim ketika Presiden PKR berkenaan menjadi ketua pembangkang – menegaskan kenyataan Rafizi menyebabkan kerosakan reputasi yang serius dan berusaha untuk memintanya bertanggungjawab melalui mahkamah.

Pada Sept lalu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia membebaskan Farhash daripada sebarang dakwaan kaitan dengan skandal perlombongan Sabah selepas siasatan mendedahkan bahawa tiada lesen telah dikeluarkan kepada mana-mana syarikat milik ahli perniagaan terbabit.




BAGUS BIJAK

BAWA KE MAHKAMAH

KAH KAH KAH

RAKYAT NAK

DENGAR CERITA

REMBAT TANAH

DI SABAH 

KAH KAH KAH

JANGAN LARI

MACAM MADAFAKA

BILA MADEY SAMAN

AMIN

INI BICARA

SATU DUNIA

NAK DENGAR

KAH  KAH KAH

KHALAS

1 ulasan:

  1. demo batu hitam, trump berjaya ke? tanya je!

    BalasPadam