Ahad, 26 Oktober 2025

TOLAK ZIONIS TRUMP TOLAK ZIONIS TEMPATAN




Perhimpunan Tolak Trump berjalan aman di Dataran Merdeka – Polis

KUALA LUMPUR – Perhimpunan aman membantah kehadiran Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump ke Malaysia yang diadakan di Dataran Merdeka di sini pagi tadi berlangsung dalam keadaan terkawal dan tanpa sebarang insiden tidak diingini.

Ketua Polis Kuala Lumpur,  Fadil Marsus berkata, perhimpunan yang bermula sekitar 9.30 pagi itu dihadiri kira-kira 100 peserta dan selesai dengan aman di bawah kawalan rapi anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“PDRM mengucapkan terima kasih kepada pihak penganjur kerana berjaya mengawal peserta serta mematuhi peraturan dan arahan yang telah ditetapkan.

“Pihak polis komited memastikan keselamatan awam sentiasa terpelihara dan perhimpunan dapat berlangsung dalam suasana aman,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata demikian susulan penganjuran perhimpunan bantahan terhadap kehadiran Trump ke Malaysia sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 yang berlangsung dari 26 hingga 28 Oktober di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC).

ZIONIS TEMPATAN

SAMBUT

TRUMP

AMIN

Tiada ulasan:

Catat Ulasan