Khamis, 13 November 2025

16 NEGARA DLANDA KEBULURAN


16 negara berisiko alami kebuluran serius


ROME: Dua agensi makanan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran berjuta-juta orang di seluruh dunia berisiko menghadapi kebuluran, dengan kekurangan dana menjadikan keadaan semakin teruk.

Laporan bersama oleh Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO) dan Program Makanan Dunia (WFP) memaklumkan bahawa peperangan dan keganasan menjadi punca utama masalah kekurangan makanan serius di kebanyakan negara yang berisiko tinggi.

Antara negara yang paling terjejas adalah Haiti, Mali, Palestin, Sudan Selatan, Sudan dan Yaman. Penduduk di negara berkenaan berdepan risiko kebuluran besar-besaran dalam masa terdekat.

Negara lain yang juga berada pada tahap kebimbangan tinggi termasuk Afghanistan, Republik Demokratik Congo, Myanmar, Nigeria, Somalia dan Syria.

Burkina Faso, Chad, Kenya serta pelarian Rohingya di Bangladesh turut disenaraikan.

Pengarah Eksekutif WFP, Cindy McCain, berkata dunia kini berada di ambang bencana kebuluran besar yang sebenarnya boleh dielakkan.

"Kegagalan bertindak segera hanya akan membawa kepada lebih banyak ketidakstabilan, penghijrahan serta konflik," katanya.

Laporan itu menjelaskan bahawa bantuan kemanusiaan masih kekurangan dana. Setakat ini, hanya AS$10.5 bilion (RM43.3 bilion) diterima daripada jumlah keseluruhan AS$29 bilion (RM119.5 bilion) yang diperlukan untuk membantu mereka yang berisiko.

Disebabkan kekurangan dana, WFP terpaksa mengurangkan bantuan kepada pelarian dan mangsa perpindahan, serta menghentikan program makanan sekolah di beberapa negara.

FAO pula memberi amaran bahawa usaha melindungi sektor pertanian terjejas, sedangkan ia penting untuk menstabilkan bekalan makanan dan mencegah krisis berulang.

Agensi itu menegaskan dana tambahan diperlukan untuk menyediakan benih dan rawatan kesihatan ternakan, sebelum musim menanam bermula atau kejutan baharu berlaku.

PERANG DAN

MALAPETAKA

IKLIM BAWA

KEBULURAN

KHALAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan