Selasa, 25 November 2025

ADAM INI KAWAN MENANTU MUHYIDIN KE ?



𝐀𝐝𝐚𝐦 𝐓𝐢𝐧𝐠𝐠𝐚𝐥𝐤𝐚𝐧 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐒𝐞𝐣𝐚𝐤 𝟐𝟎𝟐𝟑 – 𝐋𝐚𝐩𝐨𝐫𝐚𝐧 𝐌𝐞𝐝𝐢𝐚
KUALA LUMPUR, 25 NOV 25 – Timbalan Ketua Bersatu Bahagian Segambut, Adam Radlan Adam Muhammad, yang kini dicari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), dikesan telah meninggalkan negara sejak Mei 2023.
Menurut sumber rasmi, dilapor Utusan Malaysia, Adam Radlan keluar melalui Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (ICQ) Johor pada 17 Mei 2023, jam 3.39 petang.
Ketua Pengarah Imigresen, Zakaria Shaaban ketika diminta mengulas perkara itu menjelaskan, beliau tidak dapat memberi kenyataan lanjut kerana ia membabitkan siasatan SPRM yang sedang berjalan.
Sebelum ini, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki memaklumkan, pihaknya telah memohon pembatalan pasport milik Adam Radlan bagi membantu proses pengesanan.
Adam Radlan, 44, turut tersenarai sebagai individu dikehendaki SPRM bagi membantu siasatan beberapa kes rasuah dan projek infrastruktur utama.
Beliau dipercayai berlepas ke luar negara selepas dikenakan penalti RM4.1 juta oleh mahkamah, berkaitan transaksi kewangan meragukan dalam projek pembangunan.
SPRM setakat ini tidak mengesahkan lokasi terkininya, namun media melaporkan kemungkinan beliau berada di luar negara dan masih gagal dikesan. @sumber

WOIT

MAKIN RAMAI

PERASUAH

KETUA KONGSI

GELAP

TOWKAY CHINA

AHLI PERNIAGAAN

LARI  KE LUAR

NEGARA

AMIN

TANGKAP

ANAK BINI

EMAK AYAH

BUAT MACAM

KES 1MDB

KHALAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan