Jumaat, 21 November 2025

AMERIKA GADUH SAMA SENDIRI - BAIK UNTUK UMAT DUNIA


Trump syorkan hukuman mati kepada Demokrat yang 'menghasut'

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, mengesyorkan Ahli Parlimen Demokrat yang menggesa tentera menolak arahan tidak sah dijatuhi hukuman mati dengan menuduh mereka sebagai pengkhianat dan penghasut.

Parti Demokrat segera mengecam ancaman Trump yang disifatkan sebagai 'amat menjijikkan' terhadap enam Senator dan wakil rakyat yang membuat kenyataan itu dalam sebuah video yang dimuat naik di X pada Selasa.

"Ini sangat buruk dan berbahaya kepada negara kita. Kata-kata mereka tidak boleh dibiarkan. Ia TINDAKAN MENGHASUT OLEH PENGKHIANAT!!! PENJARAKAN MEREKA???," tulis Trump satu hantaran di platform sosial miliknya, Truth Social.

Beliau dalam hantaran seterusnya menulis, 'PERBUATAN MENGHASUT boleh dihukum MATI'.

Pemimpin berusia 79 tahun itu turut menyiarkan semula mesej seorang pengguna yang menggesanya untuk 'menggantung mereka' dan mendakwa Presiden AS pertama, George Washington, akan melakukan perkara yang sama.

Ahli Parlimen Demokrat itu terdiri daripada mereka yang mempunyai latar belakang ketenteraan atau perkhidmatan perisikan termasuk bekas anggota Tentera Laut dan angkasawan Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA).

Antaranya ialah Senator Mark Kelly, Senator Elissa Slotkin yang pernah berkhidmat dengan Agensi Perisikan Pusat Amerika Syarikat (CIA) di Iraq.

"Anda boleh menolak arahan yang tidak sah," kata mereka dalam video sambil menuduh Trump 'menghasut anggota tentera beruniform serta pegawai pasukan perisikan untuk bertindak terhadap rakyat AS sendiri'.

Mereka tidak menyatakan arahan mana yang dimaksudkan, namun Trump sebelum ini telah mengerahkan Pengawal Kebangsaan ke beberapa bandar di AS dalam banyak kes, bertentangan dengan kehendak pegawai tempatan, atas alasan untuk mengawal rusuhan yang didakwa semakin berleluasa.

Di luar negara, Trump turut mengarahkan serangan ke atas beberapa kapal yang didakwa menyeludup dadah di Laut Caribbean dan Lautan Pasifik timur yang mengakibatkan lebih 80 orang terbunuh dan menurut pakar, tindakan itu menyalahi undang-undang.

Dalam pada itu, Setiausaha Akhbar White House, Karoline Leavitt kemudian menjelaskan semula kenyataan itu dengan berkata presiden tidak berniat mahu melihat ahli Kongres dihukum mati.

Namun, beliau tetap mengecam Ahli Parlimen itu dengan mempersoalkan mengapa mereka tidak membincangkan apa yang dilakukan ahli Kongres itu untuk menggalakkan dan menghasut keganasan.

Parti Demokrat pula bertindak balas dengan keras terhadap kenyataan Trump.

"Trump baru sahaja menggesa hukuman mati terhadap pegawai Demokrat yang dipilih rakyat. Amat menjijikkan," kata parti itu menerusi akaun rasmi X.

Ahli Parlimen dalam video berkenaan menegaskan mereka tidak gentar dengan ancaman Trump, sambil menyatakan mereka adalah 'veteran dan profesional keselamatan yang cintakan negara' serta telah mengangkat sumpah mempertahankan Perlembagaan AS.

"Sumpah itu kekal seumur hidup, dan kami berhasrat menunaikannya. Tiada ancaman, ugutan atau seruan keganasan akan menghalang kami daripada kewajipan suci itu," kata mereka.

Ketua Minoriti Senat dari Demokrat, Chuck Schumer, menuduh Trump membakar semangat keganasan dalam kalangan penyokongnya.

"Dia sedang menyalakan api dalam sebuah negara yang sudah penuh dengan 'gasolin' politik," kata Schumer dalam ucapannya di dewan Senat. - AFP

AMERIKA

GADUH DALAMAN

INI BAIK UNTUK

UMAT DUNIA

AMIN

YANG PENTING

KITA JUGA BERSEDIA

HUMBAKAN AJEN

ZIONIS AMERIKA

KHALAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan