DARI FACEBOOK
ERIC SEE-TO
LIM SIAN LEE
Kalau video itu betul, ianya adalah politik ugut - taktik samseng yang banyak melanggar undang-undang jenayah.
Operasi dia mudah tapi sangat kotor:
1. Biar rasuah berlaku supaya ada bahan.
2. Pasang kamera senyap-senyap.
3. Rakam sampai dapat bukti.
4. Simpan untuk ugut wakil Rakyat Sabah supaya tunduk pada PMX dan pada Putrajaya.
Dan dalam video itu, wanita berkenaan sendiri kata idea perangkap datang daripada orang kanan PMX.
Siap dakwa PMX bagi greenlight: “buat… buat.”
Maknanya Madani sengaja membenarkan rasuah berlaku supaya mereka mendapat manfaat politik.
Kalau ini benar, undang-undang yang dilanggar bukan setakat satu.
Ini kombo penuh: salah guna kuasa, rakaman haram, blackmail, pengaruh politik haram, tidak melapor rasuah, konspirasi jenayah. Semua ada.
Lebih teruk, PM yang kononnya pejuang antirasuah pula dikaitkan dengan operasi yang bergantung pada rasuah untuk kekal berkuasa.
Politik jenis ini merosakkan negara dari dalam.
Wakil Rakyat bukan lagi bebas. Mereka dikawal melalui ketakutan, bukan mandat atau kepentingan Rakyat yang mereka wakili.
Soalan kepada kerajaan Madani sangat senang:
Rakaman itu betul atau tidak?
Arahan itu wujud atau tidak?
Kalau jawapannya ya, ini bukan lagi kerajaan.
Ini kartel politik jenayah yang gunakan rasuah dan blackmail sebagai senjata untuk kekal berkuasa.

Abg non telah dilatih dengan baik oleh atuk saka...kakakaka...
BalasPadam