UK bina kilang peluru baharu tingkat kesiapsiagaan ketenteraan
LONDON: Britain akan membina rangkaian kilang peluru baharu bagi meningkatkan kesiapsiagaan untuk menghadapi peperangan.
Tindakan itu secara langsung mengembalikan pengeluaran domestik bahan letupan ketenteraan buat pertama kali dalam hampir dua dekad di negara itu.
Setiausaha Pertahanan UK, John Healey, dijangka mengumumkan mengenai lokasi berpotensi baharu dan mengesahkan bahawa pembinaan kilang pertama dijangka bermula tahun depan.
Antara butiran utama pengumuman berkenaan ialah kerajaan pada Jun lalu memperuntukkan pelaburan tambahan bernilai 1.5 bilion pound (RM7.95 bilion) bagi peluru dan komponen berkaitan.
Sekurang-kurangnya 13 lokasi berpotensi dikenal pasti untuk pembinaan kilang dengan pembinaan pertama dijangka bermula tahun depan.
Kilang-kilang berkenaan akan menghasilkan peluru, pemangkin, bahan letupan dan piroteknik untuk Tentera British serta bantuan kepada Ukraine.
Sekurang-kurangnya 1,000 peluang pekerjaan baharu dijangka diwujudkan dan kajian kebolehlaksanaan dibiayai bagi memulakan pengeluaran besar-besaran membabitkan kerja reka bentuk kejuruteraan untuk kilang pertama sedang berjalan.
Selain itu, dua kilang dron baharu dibuka minggu ini di barat daya England sebagai sebahagian daripada perjanjian pembangunan pertahanan bernilai 250 juta pound (RM1.325 bilion).
Kementerian Pertahanan akan menerbitkan nota perolehan yang menjelaskan pelaburan pelbagai tahun dan sembilan bahan utama. - REUTERS

Jangan risau Bhai, kita ada jet kita ada kapal selam, kita ada kapal pelbagai semuanya hasil buatan negara, jangan risau tidak pakai kapal kertas atau papan lagi, apapun semak dahulu samada enjin ada atau tidak, takut juga sudah dijual di kedai botol kah kah kah bukan hina tetapi kebenaran kerana pernah berlaku amin kah kah kah
BalasPadambetul gua sokong. letupkan brickfields dulu. kah kah kah!
BalasPadam