Khamis, 13 November 2025

DEMO HUMBANKAN ZIONIS TEMPATAN



𝐇𝐢𝐦𝐩𝐮𝐧𝐚𝐧 𝐓𝐮𝐫𝐮𝐧 𝐀𝐧𝐰𝐚𝐫 𝟐.𝟎
KUALA LUMPUR, 13 NOV 25 – Setiausaha Agung Parti Amanah Negara (Amanah), Muhammad Faiz Fadzil, menyifatkan tindakan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) yang berhasrat menganjurkan himpunan “Himpunan Turun Anwar 2.0” sebagai manifestasi politik sempit yang membawa kepada polarisasi masyarakat.
Menurut Faiz, PAS seolah-olah menggunakan isu perjanjian perdagangan antara Malaysia dan Amerika Syarikat (ART) sebagai platform politik, walaupun rundingan tersebut dijalankan oleh pegawai awam yang berkemahiran tinggi.
Faiz turut menegaskan bahawa penganjuran demonstrasi tanpa asas kukuh hanya mencerminkan pendekatan yang mengikis perpaduan rakyat.
“Politik kebencian ini adalah tidak Islamik dan boleh menggugat kestabilan dan perpaduan rakyat Malaysia.”
Beliau turut membangkitkan persoalan samada PAS mempunyai pelan ekonomi yang mantap jika benar-benar mengambil alih pemerintahan
“Adakah Pas mempunyai pelan ekonomi lain apabila pekerjaan dan perniagaan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang melibatkan ramai orang Melayu dirisikokan?” soalnya dalam satu kenyataan.
Terdahulu, Ketua Penerangan PAS Ahmad Fadhli Shaari dilaporkan berkata, PAS akan menggerakkan Himpunan Mega “Turun Anwar 2.0” sebagai suara rakyat mempertahankan kedaulatan negara susulan perjanjian ART. Politiko.my

WOIT

JENG JENG JENG

SATU LAGI DEMO

AMIN

INI TERBAIK

UNTUK HUMBANKAN

ZIONIS TEMPATAN

KHALAS


Tiada ulasan:

Catat Ulasan