Sabtu, 1 November 2025

GULINGKAN KERAJAAN MADAFAKA

 



Kor Ming jejas hubungan komunikasi media, kerajaan

 

SEPANG — Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming perlu memohon maaf kepada wartawan Utusan Malaysia dan komuniti media secara keseluruhan susulan tindakannya yang dianggap ‘membuli’ wartawan pada satu sidang media baru-baru ini.

Tokoh Wartawan Negara, Johan Jaaffar berkata, wartawan berhak menanyakan sebarang soalan dan sebagai menteri, Kor Ming sepatutnya memberikan jawapan yang baik, munasabah serta tidak angkuh.

Beliau juga tidak seharusnya mengugut untuk menghubungi ketua pengarang wartawan berkenaan.

Katanya, tindakan Kor Ming menegur wartawan sewaktu pelancaran projek pencahayaan bandar ‘I Lite U’ itu juga berpotensi menjejaskan lagi hubungan komunikasi antara kerajaan dan media.

Bekas Ketua Pengarang Utusan Melayu itu berkata, perbuatan tersebut jelas bertentangan dengan prinsip keterbukaan dan toleransi terhadap media seperti yang ditekankan oleh Perdana Menteri, Anwar Ibrahim.

“Menteri tidak boleh dilihat menggunakan kuasa dan kedudukan untuk membuli wartawan, apatah lagi mengintimidasi mereka. Wartawan sepatutnya dihargai dan dihormati profesion mereka, bukan dipersoal atau diugut,” katanya dalam kenyataan.

Kor Ming sebelum ini dilaporkan berang dengan soalan yang diajukan wartawan berkenaan yang bertanya mengapa tema projek tersebut menggunakan bahasa Inggeris dan bukan bahasa kebangsaan.

Dalam pada itu, Johan turut menegur penggunaan ungkapan bahasa Inggeris bagi nama projek ‘I Lite U’ yang dianggap tidak sesuai digunakan dalam kempen peringkat nasional

Sebagai mantan Pengerusi Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), beliau juga tidak dapat menerima kewajaran penggunaan bahasa Inggeris untuk sebarang kempen nasional.

“Sekadar menceriakan wajah kota sempena Tahun Melawat Malaysia 2026 tidak memerlukan ungkapan ‘I Lite U’,” katanya. — BebasNews

MENTERI

NGA SAM PAH

INI MAKIN NAIK

KE MATA

AMIN

MASA DAH SAMPAI

KITA GULINGKAN

KERAJAAN MADANI

MADAFAKA

KHALAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan