Selasa, 18 November 2025

HAMAS TOLAK RESOLUSI PBB



Hamas tolak Resolusi PBB mengenai Gaza, tak memenuhi hak rakyat Palestin


GAZA CITY: Pemerintah Hamas di Gaza menolak resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) hari ini yang menyeru supaya satu pasukan antarabangsa ditempatkan di wilayah itu dengan alasan ia gagal menghormati "tuntutan dan hak" rakyat Palestin.

"Resolusi ini tidak mencapai tahap tuntutan politik dan kemanusiaan rakyat Palestin," kata kumpulan pejuang Islam itu dalam satu kenyataan.

Kenyataan itu turut mengecam penubuhan pasukan antarabangsa yang "misi mereka termasuk melucutkan senjata" kumpulan-kumpulan Palestin di Gaza.

"Resolusi ini mengenakan satu bentuk pentadbiran amanah antarabangsa ke atas Semenanjung Gaza yang ditolak oleh rakyat kami, pasukan kami, dan semua komponennya," tambah kenyataan berkenaan.

Majlis Keselamatan PBB hari ini meluluskan resolusi yang dirangka Amerika Syarikat (AS) bagi mengukuhkan pelan damai Gaza anjuran Presiden Donald Trump, termasuk penempatan pasukan antarabangsa dan laluan ke arah pembentukan sebuah negara Palestin pada masa hadapan.

Sebanyak 13 undi menyokong teks berkenaan, yang disifatkan Washington selepas undian sebagai "bersejarah dan konstruktif", dengan hanya Russia dan China berkecuali — tetapi tiada kuasa veto digunakan. - AFP

DASAR HAMAS

BETUL & TEPAT

TAK GADAI 

PALESTIN

AMIN

TRUMP NAK 

BAWA ASKAR 

MASUK KE GAZA

AMIN

BARUA AL-FATAH

MAHMUD ABBAS

PASTI SETUJU

AMIN

SEDIA JUAL

PALESTIN PADA

ZIONIS AMERIKA

KHALAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan