Tunjukkan “exit clauses” yang dikatakan ada? — Isham Jalil
Oleh Isham Jalil
SAMPAI hari ini saya masih menunggu bila PMX Anwar dan Zafrul ingin tunjuk yang mana satukah terma-terma exit clauses yang mereka kata “ada” dalam perjanjian perdangangan itu. Mereka tidak tunjuk secara spesifik terma mana namun hanya cakap-cakap benda itu kononnya ada ikut interpretasi mereka.
Sebelum ini saya sudah kata bahawa interpretasi Zafrul berkenaan satu perenggan dalam artikel 5.1 adalah kelaut dan salah, dan sampai hari ini dia tidak jawab telahan saya itu. Oleh itu saya ingin tahu sama ada interpretasi dia berkenaan terma-terma lain yang dia kata exit clauses itu pun adakah kelaut juga.
Mungkin “exit clauses” ini adalah dalam fikiran mereka sahaja yang mereka guna sebagai alasan untuk serah tengkok, sedangkan pihak Amerika tidak nampak pun ia sebagai exit clauses. Dan mereka takkan mampu pun untuk tekan clauses itu kepada kuasa besar seperti Amerika nanti.
Kepada PMX, Zafrul dan pemimpin kerajaan, (1) Tunjukkan secara telus dan jelas kepada rakyat yang mana satu terma-terma yang kamu kata exit clauses itu supaya kita boleh lihat sama ada interpretasi kamu itu betul, kabur atau langsung tak betul. Dan exit clause biasanya ada kos.
(2) Jika artikel 7.5 “Termination” clause itu yang kamu maksudkan sebagai exit clause dan tiada terma exit clauses yang lain, dan kita boleh batalkan perjanjian ini dalam tempoh 180 hari selepas notis, maka batalkan perjanjian ini secara menyeluruh sekarang sebelum negara kita terjual dan tergadai dengan beban hutang yang bertrillion ke anak cucu dan sebelum kita jadi barua kuasa besar seperti lembu yang dicucuk hidung atau yang tidak ada maruah dan hilang kedaulatan.
Petikan: Facebook Isham Jalil — https://www.facebook.com/share/p/1Kd2m1XQuR/

2025 tak ada orang miskin, tak ada cacat papa kedana lagi, semuanya kaya raya, sehingga menjemput warga asing untuk bekerja, untuk meniaga untuk tebang pokok, kutip sampah, untuk menuai padi, jaga kolam ikan, jaga bangunan semuanya perlukan warga asing, kalau miskin pasti tidak mengupah warga asing kah kah kah, tetapi untuk undi akan teruskan bantuan teruskan subsidi teruskan projek Madani, semuanya untuk menjaga kroni menjaga peti undi, menjaga sokongan menjaga kaum kerabat menjaga kaum menjaga bangsa menjaga agama kononnya lah kah kah kah tepat lagi sahih kesedaran sampai walaupun lewat, apabila pemimpin politik bercakaran rakyat mendapat penjelasan tuntas, perjanjian berat sebelah, perjanjian jual negara demi populariti demi undi demi kuasa demi jawatan semua boleh dijual beli, ini trend kapitalis mengambil kesempatan membuat keuntungan, jualan Madani terus dijalankan supaya kawasan mereka dipastikan undi pembangkang ops undi kerajaan, yang sokong pembangkang tidak dapat apa-apa, kah kah kah, sekadar kerusi roda untuk pemimpin sakit kah kah kah sampai masuk hospital beberapa kali pun masih ada niat memegang jawatan memegang kuasa semuanya kerana apa? Nak membela nasib rakyat? Pastinya tidak semua demi kepentingan politik sendiri semata-mata amin
BalasPadam