Rabu, 26 November 2025

HUTANG MALAYSIA DAH JADI TRILION


Akhirnya, MOF sendiri mengaku nisbah hutang kerajaan kepada KDNK sudah pun mencecah had 65%.
Dalam laporan Tinjauan Fiskal Suku Ketiga 2025 yang baru dikeluarkan, hutang Persekutuan dicatat pada RM1,315.5 bilion, bersamaan 65.3% daripada KDNK pada akhir Sept 2025.
Walaupun mengikut standard antarabangsa (rolling 4 quarters), nisbah sebenarnya sekitar 66.1%, tetapi angka rasmi 65.3% sudah cukup bermakna kerana ia secara rasmi melepasi had 65.0%.
Ini bermakna jumlah hutang naik RM236 bilion dan nisbah meningkat 5% hanya dalam 2 tahun 9 bulan era Madani dibandingkan RM1,079.6 bilion dan 60.4% pada hujung 2022 ketika mereka mula ambil alih.
Jika dibanding dengan era Najib berhenti pada Suku 1 2018 (RM706 bilion, 48.7%), kenaikannya jauh lebih besar: pertambahan RM611 bilion dan lonjakan nisbah sebanyak 16.6%.
Dulu mereka tuduh orang lain bankrapkan negara.
Sekarang, bila angka rasmi sudah cecah had sendiri… siapa sebenarnya yang sedang membawa negara ke tepi gaung?

HANYA SATU

JAWAPAN:

HUMBANKAN

ANWAR BIN

IBRAHIM

KHALAS

2 ulasan:

  1. hutang rakyat malaysia bukan hutang madani hadhari atau hutang perdana menteri & kabinet kah kah kah bayar kena bayar hutang negara semua terlibat utk bayar .

    BalasPadam
  2. Kakakaka...operasi tangkap muat penjawat awam belum berhenti ka? Nak salahkan siapa...undi tu...

    BalasPadam