Akhirnya, MOF sendiri mengaku nisbah hutang kerajaan kepada KDNK sudah pun mencecah had 65%.
Dalam laporan Tinjauan Fiskal Suku Ketiga 2025 yang baru dikeluarkan, hutang Persekutuan dicatat pada RM1,315.5 bilion, bersamaan 65.3% daripada KDNK pada akhir Sept 2025.
Walaupun mengikut standard antarabangsa (rolling 4 quarters), nisbah sebenarnya sekitar 66.1%, tetapi angka rasmi 65.3% sudah cukup bermakna kerana ia secara rasmi melepasi had 65.0%.
Ini bermakna jumlah hutang naik RM236 bilion dan nisbah meningkat 5% hanya dalam 2 tahun 9 bulan era Madani dibandingkan RM1,079.6 bilion dan 60.4% pada hujung 2022 ketika mereka mula ambil alih.
Jika dibanding dengan era Najib berhenti pada Suku 1 2018 (RM706 bilion, 48.7%), kenaikannya jauh lebih besar: pertambahan RM611 bilion dan lonjakan nisbah sebanyak 16.6%.
Dulu mereka tuduh orang lain bankrapkan negara.
Sekarang, bila angka rasmi sudah cecah had sendiri… siapa sebenarnya yang sedang membawa negara ke tepi gaung?


hutang rakyat malaysia bukan hutang madani hadhari atau hutang perdana menteri & kabinet kah kah kah bayar kena bayar hutang negara semua terlibat utk bayar .
BalasPadamKakakaka...operasi tangkap muat penjawat awam belum berhenti ka? Nak salahkan siapa...undi tu...
BalasPadam