Selasa, 4 November 2025

INI BARU BETUL


Fifa tak ikut undang-undang, ada motif politik - TMJ

Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail mengecam keputusan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) yang menolak rayuan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dalam isu tujuh pemain warisan.

Baginda bertitah, Fifa terus menghukum pemain dengan tidak menggunakan peruntukan sebenar undang-undang.

Titah baginda, Artikel 22 kod Fifa menyatakan bahawa hanya mereka yang memalsukan atau menggunakan dokumen palsu boleh dikenakan tindakan. 

“Dengan kata lain, hukuman yang dikenakan ini tidak berasaskan undang-undang dan kelihatan lebih bersifat ‘bermotif politik’ berbanding sebab yang sebenar,” katanya.

ADS

Bagaimanapun, titah baginda, ketika ada yang memilih untuk menuding jari dan membuat bising, baginda sebaliknya memilih sebaliknya.

Tambahnya, baginda menyokong perjuangan berhabis-habisan pemain, yang kini akan diteruskan ke Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS), yang dirujuk baginda sebagai sebagai badan bebas.

Terdahulu, tujuh pemain warisan digantung FIFA selama setahun dan dikenakan denda CHF2,000 (RM11,000), melibatkan Joao Figueiredo, Jon Irazabal, Hector Hevel, Gabriel Palmero, Facundo Garces, Rodrigo Holgado dan Imanol Machuca.

FAM pula diperintahkan membayar denda sebanyak CHF350,000 (kira-kira RM1.8 juta) kepada FIFA

Pada Isnin lalu Fifa memaklumkan keputusan Jawatankuasa Tatatertib sebelum ini kekal selepas FAM serta tujuh pemain terbabit didapati bersalah melanggar Artikel 22 Kod Tatatertib FIFA berhubung pemalsuan dan penipuan dokumen.

Fifa menjelaskan keputusan tersebut dibuat selepas meneliti dokumen rayuan dan mengadakan sesi pendengaran, sebelum memutuskan untuk menolak kesemua rayuan yang dikemukakan.

Menurut badan induk bola sepak dunia itu, pihak yang terlibat diberi tempoh 10 hari untuk memohon keputusan penuh berserta alasan, dan selepas dokumen tersebut dikeluarkan, mereka mempunyai 21 hari untuk memfailkan rayuan seterusnya.

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH

INI BARU BETUL

KAH KAH KAH

AMIN

KAH KAH KAH

TERGOLEK DOG

KAH KAH KAH

KHALAS

1 ulasan:

  1. Orang level antarabangsa tidak peduli sama you lah, dia tidak kira lu tan Sri kah datuk seri kah latuk latuk dia panggil lu mr saja woit, kalau nak layanan istimewa lu dapat di negara-negara ketiga saja itupun kena bayar kena hulur kena minta kalau setakat keluar negara lu tiada apa-apa pun kah kah kah

    BalasPadam