Anwar terima kritikan dengan fakta, bukan caci maki tanpa bukti
BUKIT MERTAJAM: Anwar Ibrahim, berkata beliau terbuka untuk menerima kritikan yang dilemparkan terhadapnya, tetapi bukan dengan cara tuduhan melulu dan tindakan mencaci maki tanpa bukti sahih.
Perdana Menteri berkata, dirinya tidak mempunyai masalah terhadap sebarang kritikan jika ia berasaskan fakta dan disampaikan secara bertanggungjawab.
"Mereka cerita kita khianat kepada negara, jual negeri kepada (Presiden Amerika Syarikat) Donald Trump, kadang-kadang saya pun lemas dengar.
"Takkanlah kita berhempas pulas buat kerja jadi Perdana Menteri lepas itu mahu jual negeri kepada orang asing, ingat kita murah, apa buktinya?," katanya ketika berucap pada Program Komuniversiti di Kampung Cherok Tok Kun di sini, hari ini

Tiada ulasan:
Catat Ulasan