Negeri Sembilan tarik balik darjah kebesaran Prof Emeritus Mohamad dari UKM
SEREMBAN: Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir menitahkan pengurniaan Darjah Setia Negeri Sembilan (DSNS) kepada Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Emeritus Dr Mohamad Abd Razak ditarik balik berkuat kuasa serta-merta.
Pendaftar Darjah, Mohd Zafir Ibrahim dalam kenyataan hari ini memaklumkan keputusan terbabit bertujuan menjaga kebesaran dan kehormatan Institusi Diraja Negeri Sembilan.
Mohamad dianugerahkan DSNS yang membawa gelaran Datuk pada 2004.
Sebelum ini, Mohamad dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang baharu.
Pelantikan itu adalah bagi menggantikan Tan Sri Abdul Wahid Omar yang tamat tempoh lantikannya pada 31 Oktober 2021.
Beliau adalah seorang Pakar Bedah Ortopedik terlatih yang memperoleh Ijazah Sarjana Muda Doktor Perubatan dan Ijazah Sarjana Surgeri (Ortopedik) dari Fakulti Perubatan UKM.
Selain memegang jawatan Presiden Persatuan Ortopedik Malaysia dari 1996 hingga 1998, Mohamad pernah berkhidmat sebagai pendaftar pelawat di Jabatan Ortopedik Universiti Edinburgh, dan pendaftar dan Felo Klinikal dalam Kecerdasan Tulang Belakang di Southport Spinal Injuries Centre di Liverpool, Britain.

Den tengok ramai gangster ramai penyamun ramai ada rekod jenayah rekod narkotik rekod masuk lokap rekod masuk penjara tak tarik pun, semuanya berkeliaran macam biasa, kalau bayar tak boleh tarik, kalau bagi percuma mesti boleh tarik balik, samada bayar atau tidak sahaja woit kah kah kah Malaysia Boleh amin
BalasPadamRamai sangat, ramai bagi darjah, entah layak entah tidak? Semuanya siapakah rapat siapakah menderma siapakah menolong golongan kayangan dapat woit, apabila terlalu ramai anugerah buang masa buang duit belanja jaga golongan ini kah kah kah kepala ramai sangat nak jaga hati
BalasPadam