Selasa, 4 November 2025

ROGOL DIGALAKAN DI ISRAEL



Ketua peguam tentera Israel letak jawatan selepas dedah bukti rogol tahanan Palestin


BAITULMAQDIS: Ketua Peguam Tentera Israel, Mejar Jeneral Yifat Tomer-Yerushalmi, meletak jawatan selepas mengakui mendedahkan bukti rakaman video yang didakwa menunjukkan insiden rogol beramai-ramai terhadap seorang tahanan Palestin di kemudahan penahanan Sde Teiman pada Ogos tahun lalu.

Peletakan jawatan itu difahamkan sebagai protes keras terhadap tekanan politik yang datang dari peringkat tertinggi kerajaan dan ketenteraan Israel, yang didakwa cuba menutup dan menyekat siasatan telus berhubung dakwaan jenayah seksual itu.

Tindakan berani Tomer-Yerushalmi mendedahkan rakaman video berkenaan mencetuskan perdebatan etika yang meluas dan menggugat integriti sistem perundangan ketenteraan Israel sendiri.

Ia dilihat sebagai percubaan seorang pegawai kanan untuk menjamin keadilan bagi mangsa Palestin dan menegakkan undang-undang.

BBC melaporkan organisasi hak asasi manusia antarabangsa menggesa siasatan bebas dan telus dijalankan terhadap insiden rogol yang berlaku.

Mereka juga mendesak pihak berkuasa Israel menyediakan perlindungan penuh kepada saksi dan pemberi maklumat dalam sistem ketenteraan yang berani mendedahkan kebenaran.

Tindakan Tomer-Yerushalmi dipercayai sebagai usaha terakhir untuk memastikan keadilan bagi tahanan Palestin yang terjejas dan untuk menegakkan integriti sistem perundangan tentera Israel yang kini dilihat cuba dicampuri pihak politik.

Laporan BBC turut memetik surat peletakan jawatanTomer-Yerushalmi yang berkata, beliau bertanggungjawab sepenuhnya terhadap sebarang bahan yang dikeluarkan kepada media daripada unit tersebut.

"Saya meluluskan pelepasan bahan kepada media dalam usaha untuk menentang propaganda palsu terhadap pihak berkuasa penguatkuasaan undang-undang tentera," katanya.

Merujuk kepada usaha beberapa tokoh politik sayap kanan di Israel untuk mendakwa bahawa video dan laporan penderaan tahanan adalah rekaan.

Tomer-Yerushalmi berkata, ia adalah menjadi tanggungjawab kerajaan Israel untuk menyiasat apabila terdapat syak wasangka yang munasabah terhadap tindakan keganasan terhadap tahanan.

Selepas peletakan jawatannya diterima oleh Menteri Pertahanan, Israel Katz mengeluarkan kenyataan yang mengalu-alukan keputusan itu.

"Sesiapa yang menyebarkan fitnah terhadap tentera IDF tidak layak memakai pakaian seragam tentera," katanya.

Video yang bocor itu disiarkan di berita Saluran 12 milik Israel pada Ogos 2024.

Isu penyalahgunaan kuasa dan layanan tidak berperikemanusiaan terhadap tahanan Palestin telah lama menjadi tumpuan kritikan masyarakat antarabangsa, dan pendedahan ini memberi bukti nyata tentang skop isu tersebut.

Pengganti kepada jawatan Peguam Tentera Israel dijangka akan diumumkan dalam masa terdekat, namun kekosongan jawatan ini menjadi simbol kepada pergolakan dalaman antara tuntutan keadilan dan cubaan menutup kesalahan rejim Zionis. - AGENSI


SOSOK JUJUR

BERANI MENEGAK

KEADILAN ?

AMIN

BUKAN BUKAN

BUKAN

AMIN

MINAH NI NAK

TUNJUK PADA

DUNIA DI ISRAEL

ADA HUKUM DAN

UNDANG-UNDANG

KHALAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan