Isnin, 3 November 2025

KJ WAJIB LAWAN ZAHID



'Saya tidak pernah meninggalkan UMNO. Kamu yang singkirkan saya' - KJ

KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, menegaskan beliau tidak pernah meninggalkan UMNO, sebaliknya parti itulah yang menyingkirkannya.

Perkara itu ditegaskan Khairy yang juga bekas Ketua Pemuda UMNO melalui satu hantaran di Instagram hari ini.

Hantaran itu menjawab satu kenyataan dibuat Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Bung Mokhtar Radin, yang dilapor menasihati Khairy supaya kekal komited terhadap UMNO sekiranya memutuskan untuk kembali kepada parti itu.

Bung Mokhtar turut menasihati Khairy supaya terus kekal sekiranya kembali kepada UMNO kelak dan jangan pula masuk parti itu dan selepas itu keluar sekali lagi.

"Ada beberapa orang yang memberi komen terhadap laporan berita (mengenai hasrat kembali semula ke pangkuan UMNO).

"Biar saya jelaskan, saya tidak pernah tinggalkan UMNO. Kamu (UMNO) yang singkirkan saya. Jangan sesekali cuba mengubah fakta sebenar," katanya.

BH sebelum ini melaporkan Khairy yang juga bekas Ketua Pemuda UMNO dijangka menyertai semula parti itu sebelum Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, hujung bulan depan.

Memetik sumber, BH melaporkan Khairy sudah memperoleh 'restu' pimpinan tertinggi UMNO khususnya Presiden,  Ahmad Zahid Hamidi untuk kembali ke pangkuan parti.

Penyertaan semula Khairy ke dalam UMNO dijangka memberi momentum baharu kepada hala tuju parti itu, yang kini berusaha menambat kembali sokongan orang Melayu khususnya anak muda.

Khairy dipecat pada Januari 2023, susulan kelantangannya mengkritik kepimpinan tertinggi UMNO sepanjang kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Namun sejak itu, Khairy berulang kali menegaskan pendirian untuk tidak menyertai mana-mana parti oleh kerana kesetiaan kepada UMNO.

Pada PRU15, Khairy yang dipertaruhkan Barisan Nasional (BN) di kerusi kubu kuat Pakatan Harapan (PH) iaitu Parlimen Sungai Buloh, tewas namun masih mampu meraih undi memberangsangkan selain memecah dominasi undi besar diperoleh Pakatan Harapan (PH).

Dalam pada itu, Khairy yang juga bekas Ahli Parlimen Rembau berkata beliau sedia untuk menjawab desas-desus mengenai dakwaan beliau akan kembali kepada UMNO, namun memohon diberikan sedikit masa.

"Ramai yang menghantar mesej bertanyakan apa yang berlaku... beri saya beberapa minggu sebelum saya bersedia untuk menjawab," katanya.

KJ DI BUANG

OLEH ZAHID

AMIN

KJ WAJIB

MASUK PARTI

SEKALI LAGI

AMIN

 LAWAN ZAHID

SEKALI LAGI

AMIN

KALI  INI KJ

PASTI MENANG

KERUSI PRESIDEN

KHALAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan