Khamis, 13 November 2025

MANA ANWAR BIN IBRAHIM?



Insiden tembakan di sempadan Kemboja-Thailand, seorang maut, 3 cedera


PHNOM PENH: Ketegangan di sempadan Thailand–Kemboja kembali memuncak selepas kedua-dua negara berjiran saling menuding jari berhubung insiden tembakan terbaru semalam, yang dilapor mengorbankan nyawa penduduk.

Kementerian Pertahanan Kemboja mendakwa seorang penduduk maut dan tiga lagi cedera selepas berlaku tembakan dari arah Thailand berhampiran sempadan wilayah Banteay Meanchey.

"Tindakan ini bercanggah dengan semangat kemanusiaan dan perjanjian damai yang dicapai baru-baru ini," kata Perdana Menteri Hun Manet dalam kenyataan di Facebook.

Insiden itu berlaku hanya dua hari selepas Bangkok menangguhkan pelaksanaan perjanjian damai yang disokong Amerika Syarikat, yang bertujuan menamatkan siri pertempuran antara kedua-dua negara.

Thailand sebelum ini mendakwa empat anggotanya cedera akibat letupan periuk api baharu di kawasan sempadan, dan menegaskan siasatan masih dijalankan.

Sebelum ini, lima hari pertempuran besar menyebabkan 43 orang terbunuh dan lebih 300,000 penduduk terpaksa berpindah sebelum satu gencatan senjata yang disokong Presiden AS, Donald Trump, berkuat kuasa.

Ketegangan terbaru itu menimbulkan kebimbangan kemungkinan konflik sempadan antara dua jiran ASEAN itu kembali tercetus, meskipun rundingan damai sedang digerakkan oleh pihak antarabangsa.

Thailand dan Kemboja berkongsi sempadan darat sepanjang lebih 800 kilometer, yang sebahagiannya masih belum dimuktamadkan dan sering menjadi punca pertikaian sejak sekian lama.

Sementara itu, Tentera Diraja Thailand mengesahkan berlaku insiden tembak-menembak di sempadan Thailand-Kemboja, selepas mendakwa askar Kemboja melepaskan tembakan ke arah wilayah Thailand berhampiran Kampung Nong Ya Kaew, wilayah Sa Kaeo, petang semalam.

Jurucakap Tentera Diraja Thailand, Mejar Jeneral Winthai Suvaree, berkata insiden itu memaksa pasukan Thailand melepaskan tembakan amaran sebagai tindak balas segera.

Beliau berkata, pusat operasi tentera telah menerima laporan dari pasukan petugas Burapha pada jam 4 petang semalam yang mengesahkan tentera Kemboja telah melepaskan tembakan ke wilayah Thai berhampiran Ban Nong Ya Kaew, daerah Khok Sung, wilayah Sa Kaeo.

"Anggota tentera Thai segera berlindung dan melepaskan tembakan amaran ke arah punca tembakan Kemboja, mematuhi sepenuhnya Peraturan Penglibatan (Rules of Engagement)," katanya.

Kejadian tembakan itu dilaporkan berlarutan kira-kira 10 minit sebelum keadaan kembali pulih seperti biasa. Tiada sebarang kecederaan atau kematian dilaporkan di pihak Thailand. Siasatan lanjut sedang dijalankan untuk mendapatkan perincian insiden tersebut.

Mengulas mengenai laporan media berkenaan insiden itu, Ketua Pengarah Jabatan Penerangan dan Jurucakap Kementerian Hal Ehwal Luar (MFA) Thailand, Nikorndej Balankura, mengesahkan menurut maklumat Tentera Diraja Thailand, pasukan Kemboja adalah pihak yang memulakan tembakan rentas sempadan di Ban Nong Ya Kaew.

Beliau menegaskan bahawa tindakan yang diambil oleh tentera Thai adalah semata-mata untuk pertahanan diri dan selaras dengan undang-undang antarabangsa.

"Thailand mengutuk sekeras-kerasnya tindakan ini oleh pihak Kemboja, terutamanya penggunaan orang awam sebagai perisai manusia," katanya.

Beliau menambah, tindakan yang diambil oleh pihak Thai adalah bertujuan untuk menjaga kedaulatan dan melindungi rakyat Thailand. - AGENSI

WOIT

KAH KAH KAH

MANA DIA

ANWAR 

BIN IBRAHIM

KAH KAH KAH

SUDAH KAH DIA

TALIPON MENGADU 

PADA LEBAI TRUMP

KAH KAH KAH

PUTAR PUTAR

LEBONG LEBONG

KAH KAH KAH

KHALAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan