Khamis, 6 November 2025

MAT SABU SALUT WARGA EROPAH


MAT SABU

SALUT 

WARGA EROPAH

AMIN

TATKALA RAKYAT ASEAN SIBUK BERJOGET BERNYANYI TAYLOR SWIFT & AYUH JAMILAH 
RAKYAT EROPAH MEMILIH ZOHRAN MAMDANI & CATHERINE CONOLLY

6 November 2025.

Semasa ramai penganalisa geopolitik membincang dan meramalkan dunia di ambang perang besar, atau setidaknya serangan Amerika terhadap Vanezuela dan Iran, di New York terjadi suatu peristiwa bersejarah apabila seorang anak muda Zohran Mamdani seorang anti-zionis dan sosialis telah mendapat mandat rakyat New York untuk mentadbir kota raya yang mempunyai kepadatan penduduk paling tinggi dan penuh rencam.

Spekulasi dunia di ambang perang besar ini bukan main-main. Selama hampir sedekad ekonomi Amerika sebenarnya telah ditamatkan hegemoninya oleh China iaitu ketinggalan 5% setakat 2024.

Jadi tidak mengejutkan bagaimana kali ini Trump penuh beradab melayani pertemuannya dengan Presiden Xi baru-baru ini di Korea Selatan. Segalanya serba tak kena dengan pentadbiran Amerika mulai perang 12 hari antara Israel dan Iran yang kesudahannya Amerika terpaksa mengebom loji nuklear kosong di Iran yang membuatkan Netanyahu geram.

Segalanya serba tak kena dengan pentadbiran Trump. Belanjawan tergantung sudah sebulan lebih paling lama dalam sejarah. Hampir 1 juta pekerja dinafikan gaji. Harga elektrik melambung, janji membuka kilang-kilang pembinaan masih dalam mimpi, peluang pekerjaan entah kemana, gelandangan meningkat, nilai dollar menyusut, industri Ai gagal, industri kenderaan EV gagal dan..ini yang paling menakutkan:

Pembinaan loji tenaga nuklear juga kalah dengan China yang kini mempunyai lebih banyak berbanding Amerika. Ini petanda bukan sahaja Amerika kekurangan para saintis tempatan malah teknologinya juga sudah ketinggalan.

Kita jangan terkejut, manifesto yang telah menambat hati warga New York memilih Zohran adalah sebuah manifesto yang sebenarnya tidak selayaknya ditawarkan di dalam sebuah negara maju. Bas percuma, tadika percuma, sewa rumah ala PPR dan kedai runcit harga rahmah. Sudah tentu situasi ini dipandang serius oleh negara-negara sekutu rapat Amerika di Eropah.

Negara-negara Eropah telahpun menunjukkan protes bermaruah dengan memalukan Amerika dan anak emasnya Israel apabila kuasa-kuasa besar Eropah telah mengiktiraf Palestin sebuah negara berdaulat.

Pada ketika rakyat di New York, Michigan, Dearbond Height, Virginia memilih pemimpin Islam anti-zionist sebagai penyelamat negara, umat Islam di Sudan saling berbunuhan dibantu pula dengan negara-negara Arab seperti UAE dan Saudi. Umat Islam Asean pula masih leka dengan trend tiktok G-Dragon, Demon Slayer, Taylor Swift, Tabolabale, dan terkini Ayuh Jamilah. Menyampah lagi memualkan. Oh satu lagi kes cerai selebriti. Kalah cerita sumud flotila nusantara.

Semasa rakyat Asean masih sibuk berbalah adakah Arsenal atau Manchester United bakal dinobatkan juara EPL musim ini, rakyat eropah saban minggu ratusan ribu memenuhi jalanraya demi pembebasan Palestin sehingga memilih seorang presiden untuk negara Ireland, Catherine Conolly yang memang terkenal dengan prinsipnya anti-zionis.

Di Malaysia, kebangkitan rakyat dan pemimpin anti-zionis di Amerika dan Eropah telah selalu disebut oleh pemimpin politik dan aktivis pembebasan Palestin, Hj Mohamad Sabu, bang Mat juga telah lama memperkatakan hal perubahan kuasa ke negara China. Meramal dan membincangkan hal geopolitik ini bukan sekadar untuk tunjuk hebat tetapi panduan untuk memposisikan negara dalam kancah krisis ataupun perdagangan. 

Apa yang menarik bila di amati, bang Mat juga telah banyak kali memberi panduan bagaimana negara-negara Islam boleh membantu membawa dunia ke arah keamanan sejagat dengan realistik dan tuntas iaitu mesti menolong negara-negara seperti Republik Islam Iran, Yaman, Vanezuela, Cuba dan negara-negara latin Amerika lain yang sedang melawan kuasa imperialis. 

Malangnya sehingga ke hari ini tiada negara Islam yang berani bahkan membuat keputusan yang sebaliknya. Sedangkan majoriti rakyat Amerika dan Eropah non-muslim berani membuat perubahan dengan memilih pemimpin seperti Zohran Mamdani bukan sahaja untuk membaiki New York malah Zohran berjaya membawa seruan anti-zionis, kemanusiaan dan keamanan dunia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan