Ahad, 2 November 2025

PAGI INI



PAGI INI 

PAGI INI

AHAD 2 NOVEMBER 2025

ZIONIS ISREAL


DUTA ISRAEL DI KUALA LUMPUR
Apakah kerajaan Awar Ibrahim akan mengadakan hubungan diplomatik dengan Zionis Isreal apabila Saudi mengadakan hubungan diplomat dengan Isreal?

Turki yang  klim di pimpin oleh Pari Islam Ikhwan – adalah sahabat baik Israel  – Malah ramai Melayu tak sedar Turki NEGARA ISLAM PERTAMA IKTIRAF ISRAEL – bila ? Pada tahun 1949 – Amin

Negara Islam Arab seperti Moroko  dah iktiraf Zionis Israel.

Malaysia bila ?

Alangkan molek jika Anwar Ibrahim adakan hubungan diplomatik dengan Israel sekarang. Nama Anwar akan di ingat sepanjang masa – Sesudah  gadai Tanah  Melayu  pada Zionis Amerika makan jalan seterusnya ialah hubungan diplomatik dengan  Zionis Israel. KHALAS.

SELUDUP CHIP KE CHINA
Agensi berita Reuters telah melaporkan bahawa  seorang anggota KONGRES AMERIKA telah meminta Trump menamatkan seludupan chip dari Malysia ke China. Kenapa minta Trump uruskan kan – Trump bukan PM Malaysia kah kah kah.

INI lah hasil PERJANJIAN MADAFAKA dengan ZIONIS AMERIKA – kini  hal kepolisan Malaysia juga akan di urus oleh Trump. Amin.

BUAH MANGGIS
Kemarin gua di Chow Kit  - wow  - gua cari buah – gua suka  makan buah tempatan – tapi makan juga buah  luar  – Blueberry Apple   dan Kiwi –  ini gua  ikut nasihat Dr YouTube. Gua pilih buah tempatan dan tropika – ini janji gua pada diri gua kerana 20 tahun gua di nafi makan buat tropika.

Kemarin BUAH MANGGIS 23 RINGGIT sekilo – kah kah kah...  ini harga Manggis paling mahal – kerana berbuah di luar musim –manggis  ini dari  Medan ? dari Siam ? – untung betul tuan punya ladang manggis – biasanya  - harga manggis dari 12RM ke  8 RM – boleh juga turun ke 6RM. Kemarin satu rekod.

Tapi Kiwi dah turun  harga – musim dah masuk – 8 butir 10RM – paling menarik ialah BUAH DELIMA – dah musim – ada dari Sepanyol – ada dari Mesir – ada dari India – bole beli yang  4 bijik 10 RM dari Sepanyol – dari India dan Mesir mahal  sampai  10 Rm sebiji.  Kenapa ? Kerana isi merah – dari Sepanyol isi MERAH JAMBU.

GAZA
Bom terus meledak. Peluru terus bersimpang siur. Makanan  masih tak sampai – Warga masih di tembak mati – keyakinan terhadap GENCATAN  SENJJATA  merosot.

AMERIKA
Trump ancam akan hantar askar Amerika ke Nigeria. Ini kerana Orang Kristian dibunuh  beramai-ramai di Nigeria – Trump tuduh ada genosid terhadap penganut Kristian di negara ini.

CHINA
Di persidangan APEC – China mencadangkan di tubuh BADAN untuk mengawal AI.

ISREAL
Tiga mayat yang di hantar pulang oleh Hamas di tolak oleh Isreal. Menurut Israel ini bukan mayat tawanan.

HOKKIEN
Pagi ini cerah kering – kemarin panas  berdesing. Matahari  bercahaya lembut.  KL & KL Sental berjerebu nipis.

Langit  dilihat biru dengan awan putih – tanda hari ini akan panas.

Tekukur dan Tiong bersuara. Mesin rumput juga bersuara. Pemotong rumput tak cuti hari Ahad.

Awalnya gua nampak dari jauh  di hadapan pokok Ara – kosong – mana dah pergi Siti dan keluarga?  – tapi bila gua hampiri semua turun – mereka berehat dalam Wakaf.

Pagi ini ada 10  ekor  datang makan.  Enam ekor Puppy dan  dua emak – Dua Jantan Baik – semua gumbira dapat makan nasi dengan debu daging.

Ha ha ha – berjalan pulang – di Hutan Tepi Pagar  - suara murai berkicau – indah merdu melayan pagi 

TERTIBA – gua terdengar suara HOW WOW –  burung ini dah datang kembali. Berlagu  dari pokok tinggi yang sama -  gua senyum -  Kemana menghilang selama ini?

Berapa lama How Wow akan singgah di Hokkien sebelum berkelana lagi ?

Hari ini akan panas – jika malam berangin – pasti enak santai. Amin

BRO
SENYUM
SENYUM DI PAGI
AHAD

BRO
Jika lu bersendirian lu akan dapat dengar suara hati lu.

BRO
Bila lu bersendirian  lu akan bertemu kawan sejati yang paling baik. Kawan ini ialah diri lu sendiri.

BRO
Bila lu bersendirian – suasana hening – lu akan mula mencari makna hidup. Amin

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI

SELAMAT BERCUTI

Tiada ulasan:

Catat Ulasan