PAGI INI
PAGI INI
SABTU 15 NOVEMBER 2025
SATI ADIK BERADIK
HOKKIEN
Pagi ini basah sejuk – lopak air di jalan - kemarin hujan lebat. Mata hari belum keluar. Langit pucat putih. KL & KL Sentral berkabus agak tebal.
Di pintu masuk agak sunyi - gua berjalan ke arah Wakaf Pertama – ha ha. – di tengah jalan gua nampak Siti Adik Beradik datang berlarian menyambut gua. Siti hampiri Tak Tak – yang lain lari – mereka agak takut dengan Tak Tak .Untuk mereka ini Warga Asing.
Gua beri makan – pagi ini Emak dan Ayah tidak kelihatan – Jantan Baik datang lambat – mungkin Emak Ayah ada mesyuarat Cabang – kah kah kah.
Jap lagi gua nak ke Chow Kit – malam tadi gua di NSK – beli sayuran – brokoli - cendawan – halia – bawang – bendir untuk seminggu – Buah2 gua akan beli di Chow Kit.
Buah apa yang ada di Chow Kit pagi ini ?
Apakah Rambutan masih ada ?
Di NSK ada yang menarik : Lebihan ikan Salmon - yang gua pasti akan beli. Juga jika ada buah yang dah habis masa. Malam tadi gua beli Kiwi – 3 paket – biasanya amat mahal – bila dah habis masa – jatuh 3rm sepaket – ini rezeki – simpan dalam peti sejuk tahan lama
Ketika gua menulis Tak Tak dah menjalar di balkoni – gua yakin hari akan panas – jika petang hujan – malam sejuk santai. Amin.
BRO
SENYUM
SENYUM
DI PAGI SABTU
Ramai orang ziarah Melaka
Bara membakar dalam sabut
Semakin ramai tibai Madafaka
Malaon ini jadi kelam kabut
Kawan bukan sebarang kawan
Kawan setia sama berkhidmat
Lawan bukan sebarang lawan
Lawan Madafaka sampai lumat
LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BERCUTI

Tiada ulasan:
Catat Ulasan