Isnin, 3 November 2025

PAGI INI


PAGI INI


PAGI INI

SENIN 3 NOVEMBER

PERANG


MEDAN BARU PERANG
Trump mimpi akan dapat Hadiah Nobel Keamanan tahun depan. Ini mimpi basah Trump -   dia klim dah 7 perang dia selesaikan kah kah kah.

Tapi dua perang – Ukraine dan Gaza masih berjalan -  tapi ini Maharaja Trump kaki putar kaki kelentong kah kah kah. Dulu Trump cakap  dalam sehari dia boleh selesaikan Perang Ukraine – kah kah kah

Minggu ini Trump umum nak serang Nigeria – kerana orang Kristian Nigeria kena bunuh oleh orang Islam – ini satu janji Trump masa berkempen : Dia akan selamatkan KRISTIAN DIMANA SAJA BERADA !!!

Tapi dunia tahun yang jadi mangsa di Nigeria ialah warga Islam – yang dicolek di rogol dan di bunuh oleh BAKO HARAM – ini kumpulan Islam yang ikat janji dengan Al-Qaeda dan ISIS – Bako Haram ini akan bunuh orang Islam yang tak cukup Arab.

Juga Trump dah hantar askar laut – dah ada lebih dari 10 ribu soldadu Amerika   berada berhampiran Venezuela. 

Suasana tegang  nak berperang.

CIA sedang aktif  menyusun untuk menjatuhkan kerajaan MADURO – Trump tuduh kerajaan ini geng seludup dadah ke Amerika.

NOTA :  Adalah baik jika perang berlaku lagi – ini akan menjerut ekonomi Amerika – ini akan membawa musnah sistem ekonomi kapitalis dunia 

Trump terjun
Dengan labu labunya
Biarkan biarkan

PERJANJIAN MADAFAKA
Nampaknya perlawanan orang ramai terhadap perjanjian Madafaka dengan Trump makin di ampuh  – Kali ini bukan  hanya dari Parti Pembangkang – rata- rata  suara menentang di dengar.

Ini BAIK SEKALI – ini bermakna  tanah makin subur untuk di hasut agar rakyat turun  ke jalan raya – Perjanjian ini adalah peluru yang paling baik untuk MENGHASUT rakyat – HASUT JANGAN TAK HASUT. Amin

ISRAEL
Zionis  Israel Blackrock  mengancam akan menyerang Lebanon. Tujuan untuk memusnahkan Hizbullah.

UK
Heboh dengan berita 10 orang kena tikam dalam kereta api.  Dua penikam telah di tangkap – seornag telah di bebaskan. Ini bukan serangan pengganas. Mamat Negro telah di tahan.

GAZA
Jentolak besar masuk dan mula  bekerja. Ribuan  mayat di temui di bawah runtuhan bangunan.

AFGHANISTAN
Gempa bumi berskala  6.3 – ini berat  di wilayah Mazari Sharif – Dua bulan dulu telah gempa – lebih 2 ribu telah mati. Kali ini  kemusnahan belum di ketahui.

HOKKIEN
Pagi ini basah sejuk segar. Hujan lebat subuh tadi. Lopak air di jalan. Matahari dah keluar cahaya masih lembut. Langit biru berawan putih. KL & KL Sentral berkabus nipis

HOW WOW – dah  hilang entah  ke mana – sehari saje singgah di Hokkien.

Tekukur berlagu. Tiong bersuara. Di Hutan Bukit Jantan berkokok bertalu-talu – di atas  pokok tepi jalan Murai berkicau – Ini pagi yang indah.

Para Puppies tunggu gua di tepi jalan.  Pagi ini Emak dan Ayah ikut sama –  ada  juga salakan pada Tak  Tak tapi ini hanya auta – tak ada siapa berani dekati Tak Tak.

Hari ini akan lepas – lepas hujan matahari bersinar di balkoni gua – jap lagi gua nak ampai kain yang sedang di basuh.

Gua rasa petang tak ujan lagi – jika  malam berangin pasti enak santai . Amin

BRO
SENYUM
SENYUM
DI PAGI SENIN

BRO
Jika ada orang marah pada lu -  jawapan terbaik ialah diam.

BRO
Lu ada dua telinga dan satu mulut – ini agar lu lebih banyak mendengar dari bercakap.

BRO
Tidak ada hal yang besar berlaku  dengan sendiri – semua di rancang dan di atur. Amin

BRO
LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI

SELAMAT BEKERJA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan