PAGI INI
PAGI INI
AHAD 9 NOVEMBER 2025
SABAH
RASUAH DAN SABAH
PRM Sabah bila? Mengundi lagi 20 hari. Sekarang sibuk berkempen. Sebanyak 73 kerusi jadi rebutan jeng jeng jeng.
Sabah ini satu ketika dulu negeri terkaya dalam Malaysia - kini tercorot dan termiskin – pasal apa ??? sebab RASUAH – kini menjadi- jadi di Sabah – hampir semua YB di Sabah terima duit rasuah – ini bukan dongeng – ada klip video.
TUKANG BERI RASUAH rakam video untuk pau para YB – Gua rasa TANGKAP JUGA SI PEMBERI – kerana dia ada niat jahat nak PROJEK – Yang MEMBERI LEBIH JAHAT DARI YANG MENERIMA - Gua suka kalau mereka di penjara minimum 10 tahun dan 12 kali rotan – ini WAJIB – jika tidak RASUAH tak habis.
JANGAN BEBASKAN PEMBERI – merekalah punca RASUAH – tanpa PEMBERI tidak akan ada RASUAH DI MALAYSIA.
Tangkap PEMBERI dulu - baru betul – selama ini Pemberi bebas – yang di denda PENERIMA – ini tidak adil – Punca rasuah ialah pemberi rasuah. Amin.
AMERIKA
Bajet masih belum lulus – Amerika sedang kacau beribu kapal terbang tak naik ke udara – Pekerja di lapangan terbang tak datang kerja – Gaji tidak di bayar.
SYRIA
Bekas pengganas ISIS jadi Presiden – kini melawat Amerika. Untuk buktikan dia kini jadi Barua Amerika yang setia – kem ISIS telah di serang.
AMERIKA
Jurucakap Rumah Putih telah menuduh BBC sebagai sarang Fake News . BBC di tuduh mengeluarkan banyak berita palsu.
IRAN
Seorang aktivis telah di tembak mati dalam kereta. Kemudian media kerajaan tuduh dia bunuh diri – Mamat ini telah membakar gambar Ayatollah Khamenei dan sebar dalam media sosial.
ISRAEL
Hamas telah memulangkan mayat tawanan. Tinggal lagi 5 mayat belum ditemui. Bila 5 ini di pulangkan maka masuk Fasa Ke Dua Perjanjian Damai 2025.
INDONESIA
Heboh di Indonesia – berita ijazah Jokowi palsu . Ini fitnah. Lapan telah di tangkap kerana sebar berita palsu.
PALESTIN
Tebing Barat dalam bulan Oktober ini telah di serang . Sebanyak 264 kes Yahudi Pendatang serang warga Palestin. Ini rekod terbanyak dalam masa 20 tahun.
GERMAN
Negara ini haramkan Kumpulan Islam Interaktif – kerana melanggar Perlembagaan Negara German.
HOKKIEN
Pagi ini sejuk. Rintik-rintik dapat di rasa. Matahari tidak kelihatan. Langit putih pucat. KL & KL Sentral berkabus nipis.
Tuk Tuk Tuk – suara kuat dari pokok tinggi. Dalam sawah rumput suara Tekukur. Di udara sekumpulan gagak terbang sambil menangis.
Warga Hokkien tunggu gua di Wakaf Pertama. Siti datang berlari – adik abang ikut di belakang – semua gumbira dapat sarapan.
Hari ini akan panas – matahari dah muncul – tapi sinar masih lemah. Jika petang hujan – malam jadi sejuk. Amin.
BRO
SENYUM
SENYUM
DI PAGI AHAD
BRO
Janji ialah hutang. Lu wajib bayar.
BRO
Orang jujur akan tunai janji. Penipu akan buat janji.
BRO
Lu jangan hanya cakap - lu lakukan. Lu jangan kata – lu tunjuk. Lu jangan berjanji – lu buktikan. Amin.
LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BERCUTI

Tiada ulasan:
Catat Ulasan