Selasa, 25 November 2025

PEMIMPIN MELAYU TERUS DITIPU OLEH TOWKAY CHINA


Sekutu, kakak Jho Low diperintah bayar AS$2.8 bilion kepada 1MDB

KUALA LUMPUR: Sekutu dan kakak kepada ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low hari ini diperintahkan Mahkamah Tinggi untuk membayar ganti rugi berjumlah keseluruhan AS$2.8 bilion (RM11.56 bilion) kepada syarikat pelaburan strategik, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Hakim Mahkamah Tinggi, Mahazan Mat Taib memerintahkan sedemikian selepas membenarkan 1MDB dan empat entitinya memasukkan penghakiman ingkar terhadap Tan Kim Loong dan Low May Lin dalam saman bagi menuntut semula wang diterima mereka yang diselewengkan daripada syarikat itu.

Dalam tuntutan saman berkenaan, 1MDB mendakwa kedua-dua defendan telah menyembunyikan penipuan mereka dengan menyeleweng dana terbabit dan menyebabkan mereka memperoleh kekayaan secara tidak wajar.

Mahazan membuat penghakiman itu selepas Kim Loong dan May Lin gagal memasukkan kehadiran bagi menjawab tuntutan saman berkenaan, setelah melalui prosiding perbicaraan penuh yang tidak disangkal oleh kedua-defendan.

Penghakiman ingkar dibenarkan kerana Kim Loong dan May Lin telah diserahkan dokumen mahkamah bagi tuntutan saman itu, namun kedua-duanya gagal memasukkan kehadiran, memfailkan sebarang pliding atau menghadiri perbicaraan.

Selain 1MDB, empat lagi plaintif ialah 1MDB Energy Holdings Limited, 1MDB Energy Limited, 1MDB Energy (Langat) Limited dan Global Diversified Investment Company Limited yang sebelum ini dikenali sebagai 1MDB Global Investments Limited.

Dalam penghakimannya, Mahazan berkata keterangan 1MDB dan empat anak syarikatnya mendedahkan satu skim penyelewengan dana yang rumit, berlapis-lapis dan berlaku dalam beberapa fasa yang direka oleh individu berkuasa serta dibantu rangkaian entiti luar pesisir dan individu termasuk defendan.

Beliau berkata, keterangan berkenaan merangkumi rekod korporat, carta aliran wang, dokumen perbankan dan keterangan saksi yang tidak dicabar.

Katanya, keterangan plaintif menunjukkan penyelewengan berlaku secara sistematik melalui empat fasa iaitu fasa Good Star, fasa Aabar, fasa Tanore dan fasa Options Buyback.

Beliau menyatakan bahawa dalam setiap fasa, dana yang diperoleh untuk projek berkepentingan nasional telah dipindahkan dengan cepat ke dalam struktur luar pesisir yang dikawal oleh Jho Low dan sekutunya.

"Keterangan menunjukkan bahawa defendan (Kim Loong) rakan rapat Jho Low, adalah pemilik benefisial akaun Alsen Chance dan Blackstone, yang menerima AS$2.795 bilion yang diselewengkan secara salah daripada 1MDB.

"Keterangan juga menunjukkan bahawa Jho Low dan defendan (May Lin) menerima AS$809,319 juta ke dalam akaun peribadinya melalui empat pindahan daripada bapa mereka, Tan Sri Larry Low Hock Peng.

"Pindahan ini adalah tanpa balasan, tidak mempunyai rasional komersial, dan berpunca daripada dana yang diseleweng melalui struktur Good Star (syarikat milik Jho Low).

"Sebagai kakak Jho Low, peranannya sebagai penerima manfaat peribadi dana yang diselewengkan sepadan dengan corak yang lebih luas iaitu penyembunyian dana berasaskan keluarga," katanya.

Mahazan berkata, keterangan oleh bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi, menunjukkan bahawa Perdana Menteri dan Menteri Kewangan ketika itu, Datuk Seri Najib Razak menjalankan kawalan de facto terhadap keputusan kewangan 1MDB.

Menurut Mahazan, Jho Low walaupun tiada jawatan rasmi, telah bertindak sebagai proksi yang diberi kuasa dengan arahannya dianggap oleh Lembaga Pengarah dan pengurusan kanan 1MDB sebagai melaksanakan kuasa Najib.

Katanya, banyak urus niaga utama telah dirumus dan dilaksanakan melalui entiti yang dikawal oleh Jho Low dan sekutunya.

Shahrol Azral memberikan keterangan sebagai saksi pada prosiding perbicaraan yang tidak disangkal pada 6 Oktober lalu bersama-sama Pakar Pemulihan Aset Luar Pesisir, Angela Barkhouse dan Penyiasat Jenayah Kewangan, Richard Templeman.

Mahazan berkata, mahkamah berpuas hati bahawa setiap transaksi yang dipertikaikan membabitkan harta amanah atau aset korporat 1MDB yang dilupuskan dengan melanggar kewajipan fidusiari.

Beliau berkata, tiada sebarang sanggahan daripada kedua-dua defendan menguatkan lagi kes plaintif (1MDB) dan keterangan bekas Ketua Pegawai Kewangan 1MDB, Azmi Tahir, Barkhouse dan Templeman disokong sepenuhnya oleh dokumen.

Katanya, keseluruhan keterangan adalah kukuh, konsisten dan disokong melalui dokumen bank serta analisis forensik bebas.


PEMIMPIN

POLITIK MELAYU

TERUS DITIPU

OELH TOWKAY

CHINA

AMIN

SATU LAGI

KES SEDANG

BERJALAN

JENG JENG JENG

KES  MANA? 

TOWKAY MANA?

AMIN

TUNGGU DAN

NANTI PASTI

MELEDAK

KHALAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan