Sabtu, 22 November 2025

PERNIAGAAN JUAL BANGLA - LUMAYAN !


Sindiket pekerja asing: Mahkamah tolak permohonan ikat jamin bekas menteri

Mahkamah Tribunal Penindasan Jenayah Pemerdagangan Manusia di Dhaka, Bangladesh menolak permohonan jaminan bekas menteri kebajikan dan pekerjaan luar negara di negara itu, Imran Ahmed.

Imran merupakan seorang daripada 103 yang didakwa terlibat dalam kegiatan pemerdagangan manusia dalam sindiket pekerja asing di Malaysia.

Dalam keputusan pada 17 Nov lalu hakim Md Abdullah Al Mamun berkata permohonan jamin Imran ditolak berikutan bekas menteri terbabit berisiko tinggi untuk melarikan diri, selain mengambil kira dakwaan yang dikenakan sebagai serius.

Ketika dihubungi, peguam kepada Altab Khan – yang menjadi pengadu kes tersebut –Md Rafiqul Islam, mengesahkan keputusan mahkamah itu kepada Malaysiakini.

"Sebahagian tertuduh hadir di mahkamah, tetapi lebih ramai yang masih bebas dan melarikan diri, termasuk mereka yang sebelum ini pernah dibenar diikat jamin.

"Beberapa tertuduh lain pula memohon penangguhan dan berjaya mendapat kelulusan mahkamah, dan ini menunjukkan jurang kawalan terhadap tertuduh dalam sistem perundangan," katanya.

Berdasarkan penghakiman, Md Abdullah berkata permohonan Imran juga ditolak atas faktor keselamatan mangsa dan kelancaran siasatan.

Untuk rekod, pada 23 Okt lalu polis Bangladesh menahan Imran yang terkait dalam siasatan berskala besar melibatkan agensi tenaga kerja yang menghantar pekerja ke Malaysia.

Sebelum ini, Mahkamah Tinggi Dhaka membatalkan laporan akhir yang dikemukakan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Bangladesh terhadap 103 individu berkenaan.

Bukan laporan menyeluruh

Altab membuat laporan polis pada 3 Sept tahun lalu di Balai Polis Paltan, Bangladesh mendakwa 103 individu menggelapkan RM8.36 bilion melalui sindiket terancang.

Antara nama besar dalam laporan itu adalah bekas setiausaha kanan Ahmed Munirus Saleheen dan bekas ahli parlimen Nizam Uddin Hazari.

Sementara itu, Md Rafiqul mengesahkan mahkamah dalam penghakiman yang sama mengarahkan polis menyerahkan laporan penuh baru sebelum 7 Januari depan.

"Anak guam saya (Altab) sebelum ini mendakwa laporan akhir polis tidak lengkap, tidak telus, dan dipengaruhi tertuduh.

“Pegawai penyiasat juga gagal menemu bual mangsa dan tidak melawat lokasi kejadian, meninggalkan banyak fakta penting tidak disiasat.

"Kenyataan mangsa tidak dirakam mengikut Seksyen 161 Kanun Prosedur Jenayah, manakala saksi didakwa diberikan kenyataan palsu, menjadikan kes ini terdedah kepada manipulasi tertuduh.

"Bukti yang diserahkan kepada polis pula tidak disemak, menimbulkan kesan bahawa laporan akhir polis sekadar dokumen formal, bukan laporan siasatan menyeluruh," kata Rafiqul.

Untuk rekod, penghantaran pekerja Bangladesh ke Malaysia disambung semula pada Ogos 2022 selepas hampir enam tahun tergendala.

Namun, pada Mei lalu – selepas lebih 476,000 pekerja dihantar – program itu dihentikan menyebabkan 17,000 lagi pekerja berlesen tidak dapat berlepas.

Putrajaya ketika itu hanya memberi kebenaran kepada 25 agensi Bangladesh untuk menghantar pekerja yang kemudian dikenali sebagai "sindiket" yang dikatakan mempunyai kaitan dengan empat bekas menteri dan ahli parlimen Bangladesh.

Walaupun kerajaan Bangladesh menetapkan kos rasmi pada sebanyaj 79,000 taka (kira-kira RM3,400) bagi setiap pekerja, pekerja pula mendakwa mereka dipaksa membayar sehingga 544,000 taka (kira-kira RM23,000) seorang.

Daripada jumlah itu, kira-kira 142,000 taka dikutip oleh ejen di Bangladesh dan 150,000 taka lagi oleh sindiket di Malaysia bagi setiap visa.

Julai lalu Malaysiakini melaporkan Dhaka bersetuju untuk menghentikan siasatannya terhadap dakwaan sindiket mengeksploitasi warganya yang ingin bekerja di Malaysia, atas arahan kerajaan Malaysia.

Menurut seorang pegawai tempatan yang enggan dikenali, keputusan itu dibuat semasa mesyuarat di Kuala Lumpur antara wakil kerajaan Bangladesh dan Kementerian Sumber Manusia Malaysia (Kesuma) pada 17 Julai.

MAMAT INI

PASTI ADA RAKAN

NIAGA BANGLA

DI MALAYSIA

AMIN

ADA  TOWKAY

BANGLA

YANG TERLIBAT 

SAMA DI KL

AMIN

POLITIKUS 

TEMPATAN JUGA

TERLIBAT SAMA

KHALAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan