Selasa, 11 November 2025

PROJEK KOBID DILANCARKAN SEKALI LAGI




COVID-19 menular di seluruh Finland dengan 200 kes setiap minggu


ISTANBUL: Finland kini mencatat peningkatan kes COVID-19 dengan 200 kes disahkan setiap minggu, lapor Anadolu Ajansi yang memetik penyiar Yle pada Isnin.

Seorang pakar daripada Institut Kesihatan dan Kebajikan (THL) berkata jumlah kes meningkat pada musim luruh, dengan kira-kira 200 kes disahkan melalui ujian makmal setiap minggu sejak beberapa minggu kebelakangan ini.

"Ini ialah kes yang disahkan melalui ujian makmal dan hanya sebahagian kecil daripada jumlah jangkitan sebenar. Kebanyakan individu yang dijangkiti (COVID-19) berada di rumah.

"Boleh dikatakan jangkitan koronavirus sedang menular di seluruh negara," kata Niina Ikonen.

Namun, musim luruh tahun ini mencatatkan jumlah kes yang lebih rendah berbanding tempoh sama tahun lalu, apabila kira-kira 1,000 kes disahkan melalui ujian makmal setiap minggu.

Sementara itu, Kanada kini kehilangan status bebas campak susulan lebih 5,100 kes campak disahkan setakat Oktober 2025 termasuk dua kematian, dengan 88 peratus daripadanya membabitkan individu tidak divaksin.

Negara itu juga gagal membendung penularan virus berkenaan selama lebih 12 bulan berturut-turut, menurut Pertubuhan Kesihatan Pan Amerika (PAHO) pada Isnin.

Ia menandakan kemunduran besar dalam usaha kesihatan awam negara itu, yang mendorong pihak berkuasa meningkatkan kadar vaksinasi MMR kepada sekurang-kurangnya 95 peratus penduduk.

Amerika Syarikat (AS) juga berisiko kehilangan status bebas campak jika gagal mengawal wabak yang merebak, dengan kes berkaitan dilaporkan di beberapa negeri seperti Utah, Arizona, dan Carolina Selatan, menunjukkan pola penularan yang serupa dengan Kanada.

Keputusan ini menandakan kemunduran besar dalam usaha kesihatan awam negara itu, yang sebelum ini diiktiraf bebas daripada penyakit berjangkit itu sejak 1998.

AS kini berada di ambang kehilangan status bebas campak jika gagal menghentikan wabak yang sedang merebak menjelang Januari 2026.

Kes berkaitan telah dilaporkan di Utah, Arizona dan Carolina Selatan, menunjukkan pola penularan yang serupa dengan Kanada.

PAHO turut menyatakan bahawa kehilangan status Kanada memberi kesan kepada keseluruhan rantau Amerika, walaupun negara lain masih mengekalkan pengiktirafan bebas campak secara individu.

Selain itu, pihak berkuasa Republik Ireland telah mengesahkan satu lagi wabak selesema burung (avian influenza) di sebuah ladang ayam belanda komersial berhampiran Clontibret, County Monaghan, hanya satu batu dari sempadan dengan County Armagh di Ireland Utara.

Kedua-dua Republik Ireland dan Ireland Utara mengambil langkah proaktif seperti langkah biosekuriti ketat dan menutup ladang unggas secara mandatori bagi mengelakkan penularan virus HPAI yang boleh memberi kesan besar kepada industri ternakan unggas.

Menteri Pertanian, Makanan dan Marin Republik Ireland, Martin Heydon, berkata kawasan perlindungan sejauh tiga kilometer dan zon pengawasan sejauh 10 kilometer telah diwujudkan mengikut undang-undang nasional dan EU bagi mengawal penularan virus itu.

Ia adalah wabak ketiga yang disahkan di ladang ayam belanda dalam tempoh kurang seminggu, mencetuskan kebimbangan dalam kalangan penternak dan penduduk tempatan.

Di Ireland Utara, enam wabak telah dilaporkan sejak awal tahun, termasuk pelupusan besar-besaran ayam dan ayam belanda di County Tyrone dan County Fermanagh.

Jabatan Pertanian, Alam Sekitar dan Hal Ehwal Luar Bandar (DAERA) telah mengeluarkan arahan mandatori untuk menempatkan semua unggas secara tertutup bagi mengelakkan jangkitan daripada burung liar.

Pihak berkuasa menyeru kerjasama penuh daripada penternak dan masyarakat bagi mengekang penularan virus HPAI yang sangat mudah berjangkit dan boleh memberi kesan besar kepada industri ternakan unggas. AGENSI


EKONOMI

AMERIKA EROPAH

MEROSOT

AMIN

PERANG TAK

HENTI HENTI

AMIN

MAKA VIRUS

KOBID 19

DILEPASKAN

SEKALI LAGI

AMIN

TUJUAN UNTUK

KONTROL DUNIA

KHALAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan