𝐈𝐬𝐮 ‘𝐏𝐞𝐦𝐢𝐦𝐩𝐢𝐧 𝐉𝐮𝐚𝐥 𝐍𝐞𝐠𝐚𝐫𝐚’ 𝐋𝐞𝐛𝐢𝐡 𝐁𝐞𝐬𝐚𝐫
𝐃𝐚𝐫𝐢 𝐑𝐨𝐭𝐢 𝐆𝐚𝐫𝐝𝐞𝐧𝐢𝐚, 𝐊𝐚𝐭𝐚 𝐇𝐚𝐝𝐢 𝐀𝐰𝐚𝐧𝐠
KUALA LUMPUR, 17 NOV 25 – Presiden PAS, Abdul Hadi Awang menyifatkan rakyat Sabah jauh lebih bijak daripada pemimpin negara, ketika mengulas isu kenyataan “roti Gardenia” yang mencetuskan kecaman sejak beberapa hari lalu.
Hadi menegaskan, rakyat Sabah bukan mudah dipermainkan dan tidak sewajar direndah-rendahkan hanya kerana pilihan makanan mereka.
“Saya rasa orang Sabah lagi cerdik daripada pemimpin negara. Orang Sabah makan roti Gardenia sahaja… (sedangkan) pemimpin negara jual negara berapa billion?” katanya dalam satu rakaman video.
Kontroversi tercetus apabila Exco Kedah, Mansor Zakaria, secara berseloroh mendakwa undi Sabah boleh diperoleh hanya dengan memberi roti Gardenia ketika berbahas dalam sidang DUN Kedah.
Kenyataan itu mengundang kemarahan rakyat Sabah serta pelbagai pihak politik, sebelum Mansor tampil memohon maaf dan menarik balik kata-katanya.
Hadi bagaimanapun menegaskan, isu sebenar yang perlu diberi perhatian ialah pemimpin yang didakwa “menjual negara” dan menjadikan Malaysia terbeban dengan hutang besar.
“Besarkan hal roti Gardenia ni, lupa tentang negara kita digadai… Ini kita kena sedar,” katanya.
Isu tersebut turut menjadi perhatian susulan menjelang Pilihan Raya Negeri Sabah pada 29 Nov ini. Politiko.my

kita makan sayur sayuran seperti kangkong tapi eksekutif/legislatif MP kangkong tolak saja tak susah & x rugi apa2 , ada sosok lebih baik boleh ganti lagi pun dah tua hehehe! tolak ph tolak tolak ganti ganti!
BalasPadamBila hardee har har buka mulut satu dunia dok gelak har har har...
BalasPadam