Albert dedah pada Dr M dalang arah rakam video rasuah, kata PAS
Ahli perniagaan Albert Tei - yang menjadi pendedah maklumat dalam skandal rasuah berkaitan lesen cari gali mineral melibatkan ahli politik di Sabah - dikatakan memberitahu bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad tentang pihak yang mengarahkannya membuat rakaman video skandal itu.
Ketua Penerangan PAS, Ahmad Fadhli Shaari, membuat dakwaan itu dalam hantaran Facebook yang disertai gambar Tei dan Mahathir, yang dipercayai dirakam semasa perjumpaan semalam.
Memetik "sumber yang boleh dipercayai", Fadhli berkata dia dimaklumkan bahawa Tei telah mengadu kepada Mahathir tentang kumpulan yang telah mengarahkan ahli perniagaan itu merakam video yang melibatkan ahli politik Sabah berkenaan.
"Saya percaya ramai yang tidak sabar ingin tahu siapa sebenarnya yang merancangkan konspirasi tersebut, apa niat dan tujuan kumpulan tersebut di sebalik semua ini?
"Nampaknya perkara ini lebih rumit dan menakutkan daripada apa yang diketahui secara umum, bayangkan Albert Tei perlu minta bantuan daripada Tun M (Mahathir) untuk mendedahkan kumpulan tersebut.
"Sudah pasti dalang di sebalik semua ini bukanlah orang biasa, marilah kita sama-sama menunggu pendedahan selanjutnya. Ini bakal mendedahkan wajah sebenar kerajaan yang bertopengkan slogan madani," katanya dalam catatan Facebook hari ini.
Perkembangan ini berlaku di tengah-tengah kekurangan kemajuan dan kemas kini daripada pihak berkuasa mengenai skandal Sabah.
Tei telah mengeluarkan video 14 ahli politik Sabah yang merupakan sebahagian daripada kerajaan negeri.
Daripada 14 orang itu, hanya dua telah didakwa kerana menerima rasuah.
Mereka ialah pembantu menteri sementara negeri Andi Muhammad Suryady dan penyandang Adun Sindumin Yusof Yacob. Tei juga didakwa memberi mereka rasuah berjumlah RM500,000.
Sepuluh orang lagi daripada 14 orang itu masih bertanding dalam pilihan raya negeri.
Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan SPRM telah dituduh berlengah-lengah dalam perkara itu.
Anwar berulang kali membayangkan bahawa tiada bukti yang mencukupi untuk SPRM bertindak, meski menjelaskan di Parlimen bahawa kes itu masih berjalan.
Tei dan pasukan guamannya telah mengemukakan lebih daripada 300 halaman bukti kepada SPRM yang merangkumi jejak wang, rekod bank, dokumen dan surat-menyurat bertulis sebagai bukti untuk menyokong dakwaan yang dibuat dalam video tersebut.

Kah kah kah pelik sekarang, Bapa Rasuah pula menjadi saksi, orang ada kes rasuah pun jadi Ketua Pengarah SPRM, polis yang suka pau juga jadi OCPD, macai pau D7 yang simpan berjuta-juta dipetisejuk sedikit di bukit aman kah kah kah memang pelik memang jahiliyah memang kuno haprak corak pemikiran yang setiap hari risau pasal halal haram tetapi bab rasuah bukan main laju mengatur langkah woit kah kah kah jangan pening ini semua duit wang politik bukan rasuah makan berjuta-juta wang politik tetapi polis trafik makan RM 100 itu baru rasuah kah kah kah
BalasPadam