Khamis, 6 November 2025

SELAMATKAH TOK BANDAR INI ?



5 perkara yang perlu diketahui mengenai Mamdani, Datuk Bandar baharu New York


NEW YORK: penduduk New York mengundi secara besar-besaran memilih Zohran Mamdani, seorang sosialis Demokrat dan Muslim, sebagai datuk bandar baharu mereka, satu kemenangan bersejarah yang bakal menyaksikan beliau berdepan dengan lawan politiknya, Presiden Donald Trump.

Berikut ialah lima perkara penting mengenai kemenangan bersejarah Mamdani dan persediaannya untuk memegang jawatan pada 1 Januari:

1. Kemenangan besar

Mamdani, 34 tahun, meraih lebih satu juta undi, memperoleh 50 peratus undian, jauh mengatasi pesaing terdekatnya, bekas gabenor negeri, Andrew Cuomo yang berusia 67 tahun dan mendapat hampir 42 peratus — dalam kadar keluar mengundi tertinggi sejak 1969.

Kempen beliau yang melibatkan kira-kira 100,000 sukarelawan berjaya menjangkau setiap sudut New York dan pelbagai lapisan masyarakat.

Mesej positif Mamdani tentang menjadikan bandar New York lebih baik untuk semua penduduknya menyentuh hati keluarga migran, golongan muda progresif serta pekerja kelas menengah dan bawahan.

2. Trump di ufuk politik

Mamdani menarik perhatian Trump selepas menyeru rakyat untuk "menolak fahaman fasis Trump."

Trump membalas dengan menyerangnya sebagai "Komunis kecil" dan mengancam untuk memotong dana persekutuan kepada bandar yang menjadi lambang kejayaannya itu sekiranya Mamdani dipilih.

Presiden juga memberi amaran akan mengenakan penguatkuasaan imigresen yang ketat di New York, seperti yang dilakukan di Los Angeles, Chicago dan bandar utama lain.

3. Masa untuk bersiap

Mamdani mempunyai kurang dua bulan untuk bersedia menguruskan bandar paling ramai penduduk di Amerika, yang juga pusat kewangan negara itu.

Beliau perlu membentuk kabinet bagi melaksanakan janji-janji besar termasuk pasar raya yang dikendalikan oleh kerajaan bandar,penjagaan kanak-kanak percuma, dan perkhidmatan bas percuma.

Semalam, beliau menamakan lima wanita sebagai pengerusi bersama pasukan peralihan kuasa, termasuk Maria Torres-Springer, bekas timbalan datuk bandar di bawah pentadbiran Eric Adams yang meletak jawatan kerana hubungan Adams dengan Trump.

Antara isu utama yang menantinya ialah usaha Adams membataskan keupayaannya membekukan kadar sewa, danrisiko 1.8 juta penduduk New York kehilangan bantuan makanan akibat penutupan kerajaan persekutuan.

Profesor politik Lincoln Mitchell dari Universiti Columbia berkata,"Visinya untuk New York bukanlah gila. Ia hanyalah usaha menampal kekurangan dalam jaringan keselamatan sosial kita yang semakin longgar."

Beliau menambah bahawa Mamdani memerlukan pasukan yang mahir mengemudi dewan bandar (City Hall) serta berurusan dengan ibu negeri Albany.

4. Hubungan dengan komuniti Yahudi

New York mempunyai komuniti Yahudi terbesar di luar Israel, dan Mamdani menekankan ancaman antisemitisme, terutama di penghujung kempen beliau.

Namun, beliau dikritik hebat oleh kumpulan proIsrael kerana pendiriannya menyokong hak rakyat Palestin dan kritikannya terhadap tindakan Israel dalam perang Gaza, yang beliau sifatkan sebagai "pembunuhan beramai-ramai."

Liga Anti-Fitnah (ADL) mengumumkan pelancaran mekanisme pemantauan untuk meneliti dasar dan pelantikan Mamdani.

Mamdani meragui kejujuran ADL dalam menjalankan pemantauan itu dan menegaskan: "Kami akan membina dewan bandar yang teguh berdiri bersama warga Yahudi New York dan tidak akan goyah dalam memerangi wabak antisemitisme."

Datuk Bandar Adams sebelum ini berkata, 57 peratus jenayah kebencian di New York disasarkan terhadap masyarakat Yahudi.

5. Tamatnya satu era

Kekalahan Cuomo menandakan tamatnya pengaruh keluarga Cuomo dalam politik Amerika serta penghujung kerjaya Datuk Bandar Eric Adams, yang menarik diri daripada perlumbaan.

Mamdani berkata: "Kita telah menjatuhkan satu dinasti politik."

Beliau merujuk kepada keluarga Cuomo, termasuk Mario Cuomo, bapa kepada Andrew, yang juga pernah menjadi Gabenor New York.

Kempen Mamdani yang bersifat revolusioner disokong oleh tokoh-tokoh kiri seperti Senator Bernie Sanders dan Perwakilan Alexandria Ocasio-Cortez, dengan pasukan baharu yang bersemangat membawa pembaharuan ke City Hall.

Kemenangan ini menandakan anjakan ke arah kiri dalam Parti Demokrat, dan menariknya, Mamdani tidak disokong oleh beberapa tokoh parti arus perdana, termasuk Senator Chuck Schumer dari New York. - AFP

PARA ZIONIS

DI AMERIKA

DI ISREAL 

PASTI MARAH

AMIN

TOK BANDAR

BARU INI BUKAN

SAJA SOSIALIS

TAPI MUSLIM

SOKONG PALESTIN

TOLAK ISRAEL

AMIN

JANGAN LUPA

APA YANG TERJADI

PADA CHARLIE KIRK

AMIN

MOSSAD PASTI

MERANCANG

JENG JENG JENG

KHALAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan