MalaysiaNow menolak arahan kerajaan Singapura masukkan "pembetulan"
Hari ini, kerajaan Singapura mengeluarkan notis panjang lebar kepada MalaysiaNow dengan menggunakan undang-undang menapis kandungan internet yang dipanggil Akta Perlindungan daripada Kepalsuan dan Manipulasi Dalam Talian (Protection from Online Falsehoods and Manipulation Act) atau Pofma.
Notis tersebut berkaitan dengan sebuah artikel diterbitkan oleh MalaysiaNow pada 9 Nov 2025, yang ditulis oleh Sangkari Pranthaman, kakak kepada Pannir Selvam, warganegara Malaysia yang dihukum mati pada 8 Oktober.
Notis Pofma itu mengandungi 18 halaman yang sarat dengan pelbagai istilah malah ancaman, di samping menyediakan templat menerbitkan "pembetulan" dengan harapan MalaysiaNow akan memasukannya dalam artikel tersebut serta kiriman media sosial yang berkaitan.
Dokumen Pofma antara lain memaklumkan cara dan di mana sesuatu petikan "pembetulan" perlu dimasukkan, serta arahan untuk "pin" pembetulan tersebut di media sosial kami.
Dalam erti kata lain, kerajaan Singapura mahu menguruskan kandungan MalaysiaNow sekiranya tidak berpuas hati dengan apa yang kami terbitkan.
Kami berterima kasih kepada Singapura atas tawarannya malah menghargai garis panduan teliti yang disediakan untuk kami, supaya kami dapat mengelakkan hukuman di bawah sebuah akta asing yang melangkaui kedaulatan di samping bersifat kuku besi.
Adalah membingungkan, malah melucukan, melihat kerajaan Singapura menghabiskan begitu banyak masa menghasilkan pelbagai arahan rumit, dan mengharapkan media di Malaysia akan akur kepadanya.
Apabila arahan kerajaan Malaysia pun tidak dituruti, apa yang membuatkan kerajaan Singapura merasakan kami akan akur arahannya?
Kami menolak tuntutan ini. Sebaliknya, kami akan memasukkan kenyataan ini dalam semua pautan yang disebut oleh notis Pofma.

negara singa pork ni dalam timbangan gram saja , pasti kena gantung sampai mati, less value tamadun kah kah kah
BalasPadamWahai TT ini lagi bagus dari jabatan agama dengan sohai naim nak kontrol kontol mu...kakakaka..pakaian kena kontrol, makan minum kena kontrol..sembahyang kena kontrol ini bukan negara isle ini negara sekular berbilang bangsa get it through your thick skulls..who the fuck are you to kontrol? Lu wakil tuhan ka...sohai tak reti tadbir negara nak klaim dia yang paling suci..phuiiii
BalasPadamKah kah kah pulak dah, apa lagi modal untuk hari ini? Pening kepala woit
BalasPadamUndang-undang jelas tuntas edar dadah ke tali gantung tak payah dolak dalik tak payah rayu merana sengsara semuanya dijelaskan, malah pelaku pun tahu musibah tahu akibatnya tahu hukuman tetapi memilih untuk menjalankan perniagaan edar dadah kerana lumayan, peliknya apabila keuntungan simpan sendiri bukan bagi kepada orang lain pun, tetapi apabila susah menjadi isu negara pula pelik juga manusia berakal sekarang kah kah kah kurang manusia jahat lagi baik dari menyimpan membela biawak komodo menyusahkan ramai orang kita
BalasPadamsekali gertak, koyak ke? kah kah kah!
BalasPadamkau cubalah guna walkie-talkie atau handphone murah dari china. harap kau dapat free gift dari mossad. kah kah kah!
BalasPadam