Ahad, 2 November 2025

SOKONG TRUMP UNTUK PENGGAL KE TIGA



Trump teruja bertanding untuk penggal ketiga

PRESIDEN Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, sejak kebelakangan ini kerap menyatakan beliau 'teruja' dengan idea bertanding untuk penggal ketiga di Rumah Putih.

Malah, penyokongnya kini sudah boleh membeli topi besbol bernilai AS$50 (kira-kira RM209) setiap satu, bertulis 'Trump 2028' sebagai tanda sokongan terhadap hasrat pemimpin Republikan itu.

Walaupun Perlembagaan AS dengan jelas mengehadkan jawatan Presiden AS kepada dua penggal sahaja, Trump, 79, yang kini mentadbir penggal kedua, tidak menolak kemungkinan mencuba nasib sekali lagi pada 2028.

"Saya amat mahu melakukannya," kata Trump kepada pemberita dalam pesawat Air Force One ketika dalam penerbangan ke Jepun bagi lawatan rasmi seminggu ke Asia.

"Saya memiliki angka sokongan tertinggi setakat ini," dakwanya sambil memperagakan topi 'Trump 2028' yang kini dijual lengkap dengan slogan berani yang menggambarkan hasratnya.

Dalam satu kunjungan pada Ogos lalu, beliau mempamerkan topi bertulis 'empat tahun lagi' kepada pemimpin Eropah, Volodymyr Zelensky dan Emmanuel Macron, ketika mereka melawat Rumah Putih di Washington DC.

Persoalannya kini, sejauh mana seriusnya Trump mengenai idea ini? Adakah terdapat ruang undang-undang yang membolehkannya?

Selepas menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN di Malaysia Isnin lalu, Trump sekali lagi mengulangi kenyataan sama apabila ditanya mengenai hasrat untuk bertanding pada 2028.

"Saya mahu melakukannya," katanya ringkas.

"Saya tidak menafikannya. Kamu tentukan sendiri," katanya apabila diasak dengan pertanyaan sama ada beliau tidak menolak kemungkinan melakukannya.

Beliau turut menyindir parti lawan dengan berkata, pihaknya mempunyai pasukan lebih hebat berbanding pihak lawan.

Apabila ditanya sama ada beliau bersedia membawa isu itu ke mahkamah sekiranya perlu, Trump berkata, beliau belum memikirkannya sejauh itu, namun menegaskan sokongan rakyat terhadapnya semakin meningkat.

Trump turut menyebut beberapa nama daripada pentadbirannya yang dianggap calon berpotensi bagi pilihan raya 2028, termasuk Naib Presiden, JD Vance dan Setiausaha Negara, Marco Rubio.

"Kita ada ramai tokoh hebat," katanya.

Pada masa sama, Trump memaklumkan laporan kesihatannya di Hospital Tentera Walter Reed menunjukkan keputusan cemerlang.

"Doktor kata, hasilnya antara yang terbaik pernah mereka lihat," katanya sambil tersenyum.

Perlembagaan hadkan 2 penggal

Namun, di sebalik keterujaan beliau untuk memegang tampuk pemerintah bagi penggal akan datang, Perlembagaan AS secara jelas menghalang mana-mana individu daripada menjadi presiden untuk kali ketiga.

Pindaan Ke-22 menyebut tiada sesiapa boleh dipilih sebagai Presiden lebih daripada dua kali.

Pakar Perlembagaan berpendapat tiada ruang undang-undang untuk memintas larangan itu.

Pindaan itu diluluskan oleh Kongres pada 1947 dan disahkan pada 1951, sebagai tindak balas terhadap pemerintahan Franklin D Roosevelt yang memegang jawatan selama empat penggal ketika era Perang Dunia Kedua.

Roosevelt meninggal dunia pada 1945, beberapa bulan selepas memulakan penggal keempatnya.

Pakar Undang-Undang dari Universiti Quinnipiac, Wayne Unger, memberitahu agensi berita Reuters, sebarang cubaan mencabar pindaan itu di mahkamah hampir pasti gagal.

"Mahkamah Agung akan menolak secara tegas. Dua penggal, lapan tahun - jelas dan muktamad," katanya.

Untuk mengubah Pindaan Ke-22, prosesnya amat sukar kerana memerlukan kelulusan dua pertiga ahli Kongres dan ratifikasi oleh tiga perempat daripada negeri-negeri (38 daripada 50 negeri).

Ketika ini, Parti Republikan pimpinan Trump hanya memiliki majoriti tipis 219-213 di Dewan Perwakilan dan 53-47 di Senat, selain menguasai 28 badan perundangan negeri, jauh daripada syarat yang diperlukan.

Dalam pada itu, sesetengah penyokong tegar Trump mencadangkan alternatif luar kotak, di mana beliau boleh bertanding sebagai Naib Presiden terlebih dahulu sebelum calon Presiden meletak jawatan bagi membolehkannya kembali ke Rumah Putih.

Namun, Trump menolak idea itu.

"Secara teknikal saya boleh, tetapi ia terlalu 'licik'. Rakyat tidak akan menyukainya. Ia tidak betul," katanya.

Selain itu, Pindaan Ke-12 juga melarang mana-mana individu yang tidak layak menjadi Presiden untuk dipilih sebagai Naib Presiden, bermakna Trump tidak boleh menggunakan laluan itu.

Kecenderungan Trump untuk berbicara mengenai penggal ketiga bukan perkara baharu.

Pada 2018, semasa majlis tertutup bersama penderma Republikan, beliau pernah memuji Presiden China, Xi Jinping, sebagai 'presiden seumur hidup'.

"Saya rasa itu hebat. Mungkin kita patut cuba suatu hari nanti," katanya sambil disambut gelak tawa dan tepukan hadirin.

Walaupun mungkin sekadar gurauan pada awalnya, kenyataan Trump kini menimbulkan persoalan serius, adakah beliau benar-benar merancang sesuatu atau hanya ingin menguji reaksi politik dan rakyat?

Apa pun niatnya, sistem Perlembagaan AS kekal sebagai benteng utama terhadap sebarang cubaan melanjutkan kuasa politik melebihi dua penggal.

Namun, sejarah boleh tercipta dengan Trump tidak pernah gentar mencabar kebiasaan dan mungkin sekali lagi akan menguji batas undang-undang serta kesetiaan pengikutnya menjelang 2028. - AGENSI

BERITA BAIK

UNTUK DUNIA

AMIN

WAJIB SOKONG

TRUMP MASUK

PENGGAL KE 3

AMIN

TRUMP AKAN

HURU HARANKAN

DUNIA KAPITALIS

AMIN

PERANG DUNIA

BAKAL PECAH

KERANA TRUMP

AMIN

BILA PERANG 

DUNIA PECAH 

KITA SUSUN 

DUNIA BARU

KALAU ADA

YANG MASIH HIDUP

KHALAS

1 ulasan:

  1. selain tarif hike, huru-harakan dunia & guna bom nuklear sekali supaya dunia lebih ,….. kah kah kah

    BalasPadam