Jumaat, 7 November 2025

TEATER RASUAH DBKL


Pengarah Eksekutif DBKL mengaku tidak bersalah terima wang tunai RM50,000


KUALA LUMPUR – Seorang pegawai kanan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini atas pertuduhan menerima wang tunai sebanyak RM50,000 daripada seorang ahli perniagaan.

Mohamad Hamim @ Mohamed Kamaruddin didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan kerana menerima sejumlah wang daripada seseorang yang diketahui mempunyai urusan berkaitan dengan tugas rasminya.

Hamim merupakan Pengarah Eksekutif Pengurusan Projek DBKL didakwa melakukan kesalahan tersebut di Jalan Changkat Tunku pada 10 Januari lalu.

Jika disabitkan kesalahan, Hamim boleh dikenakan hukuman penjara sehingga dua tahun, denda, atau kedua-duanya sekali.

Hakim Azura Alwi menetapkan jaminan sebanyak RM15,000 dengan seorang penjamin.

“Mahkamah tidak memerlukan tertuduh menyerahkan pasportnya buat masa ini.

“Tetapi, beliau perlu memaklumkan kepada mahkamah dan pihak pendakwaan secara bertulis sekiranya perlu ke luar negara atas urusan kerja atau peribadi,” katanya.

Azura turut memerintahkan supaya Hamim melaporkan diri di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini setiap bulan.

Pengurusan kes ditetapkan pada 12 Januari.

Pegawai pendakwa SPRM, Yasri Yahya bertindak sebagai pihak pendakwaan, manakala Hamim diwakili  peguam, Zeffree Zainudin dan Azmi Ani.

Semalam, media melaporkan seorang bekas pegawai kanan yang pernah berada dalam kelompok Top 5 DBKL akan dituduh di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, hari ini.

Pertuduhan terhadap penjawat awam bergred JUSA B itu juga disahkan oleh SPRM menerusi laman TikTok rasminya.

Pada 25 Ogos lalu, media mendedahkan tiga individu termasuk seorang pegawai Top 5 DBKL ditahan kerana terbabit rasuah.

Penahanan pegawai kanan itu disahkan Pengarah Kanan Bahagian Perisikan SPRM, Saiful Ezral Arifin.

Ketua Pesuruhjaya SPRM,  Azam Baki dipetik berkata, suspek ditahan kerana terbabit dalam kegiatan rasuah dipercayai sejak 11 tahun lalu.

Azam berkata, sebanyak RM17.5 juta membabitkan 37 akaun bank dibekukan bagi membantu siasatan rasuah berkaitan perolehan projek teknologi maklumat (IT).

Dana itu membabitkan 11 akaun peribadi, 23 akaun syarikat dan tiga akaun saham, dan turut disita ialah wang tunai termasuk RM1.15 juta, 12,300 euro dan 24,280 pound sterling, selain dua kereta mewah bernilai RM650,000. – 
 

KAH KAH KAH

INI TEATER

 RASUAH DBKL

AMIN

SEKALI SEKALA

TANGKAP  DBKL

AMIN

SEMUA WARGA KL

TAHU KEDAI MAMAK

BUKA MEJA KAKI 5

BAYAR  PAU DBKL

KAH KAH KAH

ADA KENA BUNGKUS

ADA DBKL TAK KACAU

AMIN

INI CARA TAMBAH

PENDAPATAN

AMIN

SPRM PUN TAHU

SESAMA TAHU

SESAMA CARI MAKAN

AMIN

SESEKALI LAKUKAN

TANGKAPAN  TEATER

UNTUK ORANG RAMAI

BACA & TENGOK

AMIN

KEPALA RASUAH

IALAH AZAM BAKI

SENDIRI

AMIN

TAK CAYA

TANYA NURUL

TANYA ADAM ADLI

KHALAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan