Sabtu, 15 November 2025

TRUMP - PADAN MUKA !!!



Trump kurangkan tarif daging lembu, kopi dan makanan keperluan lain


WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, menarik semula tarif ke atas puluhan produk makanan, termasuk barangan keperluan seperti daging lembu, tomato dan pisang.

Penarikan itu susulan kebimbangan yang semakin meningkat dalam kalangan pengguna AS mengenai kenaikan harga barang runcit dan kos sara hidup.

Pengecualian baharu yang berkuat kuasa mulai tengah malam kelmarin itu menandakan perubahan ketara bagi Trump, yang sejak sekian lama bertegas bahawa cukai import besar-besaran yang dikenakan awal tahun ini bukan penyebab inflasi.

Isu kemampuan kos hidup itu juga dilihat menjadi punca parti Demokrat meraih beberapa kemenangan dalam pilihan raya negeri dan tempatan di Virginia, New Jersey dan New York City.

Pentadbiran Trump kelmarin mengumumkan rangka perjanjian perdagangan yang akan menghapuskan tarif ke atas makanan tertentu dan import lain dari Argentina, Ecuador, Guatemala dan El Salvador.

Malah, pegawai AS menjangkakan perjanjian tambahan akan berlaku sebelum akhir tahun.

Senarai yang diumumkan semalam merangkumi produk yang sering dibeli pengguna AS untuk kegunaan makanan harian di rumah, yang kebanyakannya mencatatkan kenaikan harga dari tahun ke tahun.

Berdasarkan data terkini Indeks Harga Pengguna, produk daging kisar, adalah hampir 13 peratus lebih mahal, manakala harga stik meningkat hampir 17 peratus berbanding setahun lalu.

Kenaikan bagi kedua-duanya adalah yang tertinggi dalam lebih tiga tahun, kembali kepada zaman sewaktu inflasi hampir memuncak di bawah pentadbiran pendahulu Trump, Joe Biden.

Harga pisang meningkat sekitar tujuh peratus, manakala tomato naik satu peratus dan secara keseluruhan, kos makanan untuk dimakan di rumah meningkat 2.7 peratus pada September.

Trump mengubah sistem perdagangan global dengan mengenakan tarif asas 10 peratus ke atas import dari setiap negara, ditambah cukai khusus tambahan yang berbeza mengikut negeri.

Trump kebelakangan ini memberi tumpuan penuh kepada isu kemampuan kos, malah memberi alasan kenaikan harga itu didorong oleh dasar yang dilaksanakan Biden, bukan oleh dasar tarifnya sendiri.

Pengguna kekal berasa tertekan dengan harga barangan runcit yang tinggi, di mana pakar ekonomi mengatakan, ia turut dipacu oleh tarif import dan boleh meningkat lagi tahun depan apabila syarikat-syarikat mula memindahkan sepenuhnya kos import itu kepada pengguna.

Ketua Demokrat dalam Jawatankuasa Ways and Means Dewan Perwakilan, Richard Neal, berkata pentadbiran Trump sedang 'memadamkan api yang mereka sendiri nyalakan dan mendakwa ia adalah satu kemajuan.

"Pentadbiran Trump akhirnya mengakui secara terbuka apa yang kita semua tahu sejak awal: Perang Perdagangan Trump meningkatkan kos hidup rakyat,

"Sejak melaksanakan tarif ini, inflasi meningkat dan sektor pembuatan terus merosot bulan demi bulan," kata Neal dalam satu kenyataan. – REUTERS

PADAN MUKA

KAH KAH KAH

AMIN

TARIF NAIKAN

HARGA BARANG

DI AMERIKA

AMIN

RAKYAT AMERIKA

SENDIRI KENA

BAYAR HARGA

TARIF

KAH KAH KAH

SEKARANG

BARU SEDAR

KHALAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan