Jumaat, 5 Disember 2025

BANJIR DATANG LAGI



Lebih 3,000 mangsa banjir berlindung di 49 PPS seluruh negara


KUALA LUMPUR: Seramai 3,135 mangsa banjir masih berlindung di 49 pusat pemindahan sementara (PPS) yang beroperasi di tujuh negeri, setakat jam 8 pagi tadi.

Berdasarkan portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), sebanyak 15 PPS masih beroperasi di Perlis, manakala 14 lagi di Perak, diikuti Selangor (11 PPS) dan Pahang (enam PPS).

Selain itu, satu PPS direkodkan masih beroperasi di Kelantan, Sabah dan Sarawak.

Keseluruhan mangsa banjir itu membabitkan 966 lelaki dan 1,011 perempuan, manakala 1,078 kanak-kanak, 83 bayi, 403 warga emas dan 84 orang kurang upaya (OKU).

Sementara itu, Jabatan Meteorologi (METMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan dijangka berlaku di beberapa kawasan di Kelantan, Pahang serta Terengganu, bermula esok hingga Ahad ini.

Amaran sama turut dikeluarkan bagi beberapa kawasan di Johor dan Sarawak, mulai Ahad hingga Isnin depan.

Selain itu, amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka membadai perairan Perlis dan Kedah serta Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, barat Johor, Terengganu, Sarawak dan Sabah sehingga jam 10 pagi ini.

Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang juga dijangka berlaku di perairan timur Phuket dan Samui, Thailand; Selat Melaka, utara Tioman, Condore, tenggara Bunguran, Reef North dan South, Layang-Layang, Labuan, Sulu serta Sulawesi, Indonesia hingga jam 10 pagi ini.

Keadaan itu boleh menyebabkan angin kencang hingga 50 kilometer sejam (km/j) dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter (m) serta berbahaya kepada bot kecil.

METMalaysia turut mengeluarkan amaran Angin Kencang dan Laut Bergelora Kategori III, membabitkan angin kencang timur laut melebih 60km/j dengan ombak melebihi 4.5 m dijangka di perairan timur laut Condore, barat laut Reef North sehingga Isnin depan.

Keadaan angin kencang dan laut bergelora itu berbahaya kepada semua aktiviti pantai dan perkapalan, termasuk pekerja di pelantar minyak.

Amaran Angin Kencang dan Laut Bergelora Kategori II membabitkan angin kencang timur laut berkelajuan 50 hingga 60 km/j dijangka di perairan barat laut dan tenggara Condore, timur laut dan barat daya Reef North serta Layang-Layang, sehingga Isnin ini.

Keadaan angin kencang dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5m itu berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai, termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri.

Amaran Angin Kencang dan Laut Bergelora Kategori I pula dikeluarkan bagi perairan timur Johor dantenggara Samui, Thailand; Pahang, Terengganu, Kelantan, Tioman, barat daya Condore, utara Bunguran, tenggara Reef North, Reef South, Labuan, Palawan serta Sulu hingga Isnin ini.

Keadaan itu menyebabkan angin kencang timur laut berkelajuan 40 hingga 50 km/j dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5m, selain berbahaya kepada bot kecil serta rekreasi dan sukan laut.



SERANGAN BANJIR

BELUM SELESAI

AMIN

PANAS DATANG

SEBAGAI

 SELINGAN

AMIN

Tiada ulasan:

Catat Ulasan