Khamis, 11 Disember 2025

DAP TEKAN DAN PAU ANWAR BIN IBRAHIM


DAP LICIK 

PH BOLEH REBAH : 

A.KADIR JASIN

KUALA LUMPUR, 11 DIS 25 — Perdana Menteri Anwar bin Ibrahim kini berdepan tekanan politik yang semakin memuncak selepas kekalahan teruk gabungan kerajaan dalam PRN Sabah. Menurut tokoh wartawan A Kadir Jasin, puncanya ialah kegelisahan DAP, parti yang menjadi tulang belakang Pakatan Harapan (PH) dan penentu utama kestabilan kerajaan Madani.
Kadir berkata, pimpinan DAP sedar mereka tidak mampu menjadi mangsa penolakan terhadap PH sebagaimana berlaku di Sabah. Sebab itu, mereka semakin lantang menyuarakan tuntutan dan amaran terhadap kepimpinan Anwar.
“DAP licik dan prihatin dalam strategi politik. Mereka amat bimbang malapetaka yang menimpa PH dalam PRN Sabah akan berterusan hingga PRU. Mereka tahu ramai pengundi Cina sudah tidak bersama PH, dan mereka tidak mahu penolakan itu menjangkiti DAP,” katanya menerusi status facebook beliau.
Menurut Kadir, Anwar yang dianggap “penderita sakit tulang belakang” pastinya merasai kesan tekanan itu. Tanpa DAP, jelasnya, kerajaan Madani boleh rebah, sementara masa depan PH pula menjadi semakin tidak menentu.
Kadir turut mengaitkan beberapa kenyataan keras daripada pemimpin DAP dengan tekanan pasca kekalahan Sabah. Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke, memberi amaran bahawa partinya akan “memikirkan semula peranan dalam kerajaan” jika Anwar gagal melaksanakan reformasi bermakna dalam enam bulan akan datang.
Selain itu, Timbalan Pengerusi DAP, Nga Kor Ming, mengumumkan hasrat bertemu Anwar bagi menuntut pengiktirafan UEC — isu sensitif yang boleh mengeruhkan lagi hubungan antara komponen kerajaan.
Kadir menambah, keresahan itu turut dizahirkan oleh Penasihat DAP, Lim Guan Eng, yang menyatakan rakyat kini terbeban dengan keadaan ekonomi semasa.
“Nampaknya masyarakat Cina bukan sahaja tidak boleh bersabar, malah mereka turut berada dalam kekhuatiran,” kata Kadir.
Beliau berkata, DAP sebagai parti utama masyarakat Cina lebih memahami naik turun ekonomi negara kerana komuniti itu berada di barisan hadapan sektor perniagaan. Justeru, rungutan masyarakat Cina adalah petunjuk jelas bahawa ekonomi sebenar tidak seindah gambaran rasmi kerajaan.
Menurutnya lagi, orang Melayu juga merasakan beban yang sama, tetapi mereka tidak begitu memahami punca sebenar tekanan ekonomi walaupun kerajaan sering mendakwa ekonomi kukuh dan berkembang. @politiko.my

BERI TEKANAN

DAN TERUS PAU

AMIN

BILA ANWAR

BIN IBRAHIM

LEMAH DAP

BEREAK ATAS

KEPALA

KAH KAH KAH

KHALAS

1 ulasan:

  1. Kah kah majoriti ditekankan pau minoriti kah kah kah hanya berlaku di negaraku sahaja woit kah kah kah kesian pemimpin politik kita tak cerdik selalu kena tipu oleh China seperti Bossku ditipu oleh Jho Low, masa sedap dia membisu, masa susah cakap China tipu, inilah alasan paling top terbaik cemerlang kah kah kah

    BalasPadam