Sabtu, 13 Disember 2025

HARI HARI AKHIR SAEKOR PKR




Lebih 100 ahli PKR Lubok Gong umum keluar parti, sertai UMNO

RANTAU PANJANG: Lebih 100 ahli PKR Mukim Lubok Gong, di sini, mengumumkan keluar parti itu berkuat kuasa serta-merta dengan menyertai UMNO.

Ahli terbabit yang menyertai parti itu sejak dua tahun lalu, mendakwa tindakan itu diambil kerana sudah tidak sehaluan dengan Ketua PKR Cabang Rantau Panjang, Nik Ghazali Nik Md Amin.

Bekas Ketua Ranting PKR Mukim Lubok Gong, Ariffin Ismail, 63, mendakwa bahawa mereka kecewa berikutan hubungan serta kerjasama antara ahli dengan ketua cabang itu tidak sehaluan.

"Saya dan ahli-ahli lain berasa seolah-olah tidak dihargai. Malah sepanjang tempoh dua tahun, saya bergerak sendirian bersama badan bukan kerajaan (NGO) untuk membantu mangsa banjir serta menziarahi kematian penduduk.

"Sepatutnya sebagai Ketua Cabang, beliau perlu seiring turun padang tetapi sebaliknya hanya pimpinan UMNO berbuat sedemikian.

"Justeru, kami membuat keputusan keluar parti, berkuat kuasa hari ini, dan menyertai UMNO yang mana Bahagian Rantau Panjang diketuai oleh  Akbar Salim," dakwanya lagi pada sidang media di sini.

Beliau berkata, mereka memilih untuk menyertai UMNO kerana yakin parti itu lebih dekat dengan rakyat dan banyak membantu penduduk, terutama ketika banjir.

"Hari ini, lebih 100 ahli di sini mengumumkan keluar PKR dan saya yakin lebih ramai lagi daripada PKR Mukim Lubok Gong akan menyusul," katanya.

Sementara itu, BH sedang berusaha mendapatkan komen daripada Nik Ghazali.


HARI HARI

AKHIR SAEKOR PKR

KAH KAH KAH

PKR PARTI

ANAK  BERANAK

BESAN & MENANTU

KAH KAH KAH

MAKIN SURUT

AKAN DI HUMBAN

KHALAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan