Khamis, 4 Disember 2025

HUJAN DATANG LAGI




Amaran hujan lebat, ribut petir di beberapa negeri termasuk KL pagi ini - MetMalaysia



KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di beberapa negeri susulan sehingga 9 pagi ini.

Menurut MetMalaysia, kawasan terbabit ialah Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya

Daerah Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim, di Perak, daerah Lipis, Raub, Bentong, Temerloh, Bera, Pekan dan Rompin, Pahang dan Jelebu, Seremban, Port Dickson dan Rembau, Negeri Sembilan.

Amaran turut dikeluarkan bagi daerah Alor Gajah dan Melaka Tengah, manakala di Sarawak di daerah Bau dan Kuching di Bahagian Kuching, serta Samarahan dan Asajaya di Bahagian Samarahan.

Dalam kenyataan yang dikongsi di akaun X, MetMalaysia memaklumkan, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi tempoh satu jam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam bagi setiap satu keluaran.

Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada, mengelakkan aktiviti luar ketika cuaca buruk serta mematuhi arahan pihak berkuasa dari semasa ke semasa.


HUJAN LEBAT

MASIH RAMAI

BELUM TURUN

AMIN

BANJIR SAMPAI

SEKALI LAGI ?

KHALAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan