Jumaat, 12 Disember 2025

IKUT CONTOH BULGARIA - TURUN KE JALAN RAYA



Kerajaan Bulgaria umum letak jawatan selepas bantahan antirasuah besar-besaran

SOFIA: Perdana Menteri Bulgaria, Rossen Jeliazkov, hari ini mengumumkan peletakan jawatan kerajaannya selepas kurang setahun memerintah, susulan siri bantahan antirasuah yang melanda negara.

Pengumuman dibuat beberapa saat sebelum Parlimen mengundi usul undi tidak percaya yang dibawa pihak pembangkang.

Puluhan ribu rakyat turun ke jalan raya di seluruh Bulgaria sejak semalam bagi membantah kerajaan dan rasuah, menjadikan ia perhimpunan terbaru sejak hujung bulan lalu.

Bantahan tercetus berikutan draf bajet 2026 yang didakwa penunjuk perasaan sebagai cubaan menutup kegiatan rasuah berleluasa.

Kerajaan menarik balik draf bajet berkenaan minggu lalu, namun kemarahan rakyat masih berterusan.

"Kerajaan meletak jawatan hari ini. Rakyat daripada pelbagai peringkat umur, latar belakang etnik dan agama telah bersuara menuntut peletakan jawatan. Tenaga rakyat ini harus disokong dan didorong," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat pemimpin parti gabungan pemerintah.

Negara termiskin dalam Kesatuan Eropah itu dijadual menyertai zon euro pada 1 Januari dan proses itu dijangka diteruskan walaupun kerajaan memerintah berundur.

Dalam pada itu, penganalisis berkata tahap kepercayaan rendah terhadap institusi dan pemimpin Bulgaria diburukkan lagi dengan kebimbangan terhadap kenaikan harga ketika negara itu bersiap memasuki zon euro.

"Masyarakat Bulgaria berada dalam keadaan kesepakatan yang luas menentang model tadbir urus negara.

"Tahap kepercayaan terhadap kerajaan dan parlimen kekal hampir kepada paras terendah dalam sejarah, satu lagi petanda krisis politik dan institusi yang serius sedang dihadapi negara," kata Pengarah Agensi Sosiologi Market Links, Dobromir Jeliazkov kepada AFP.

Minggu lalu, Presiden Rumen Radev menyatakan sokongannya kepada penunjuk perasaan dan menggesa kerajaan meletak jawatan bagi membuka laluan kepada pilihan raya awal.

Semalam, puluhan ribu berhimpun di luar bangunan Parlimen di Sofia sahaja, menurut seorang wartawan AFP di lokasi.

Penunjuk perasaan melaungkan tuntutan "letak jawatan" dan mengangkat plakad "Saya sudah muak!" yang memaparkan karikatur ahli politik.

Bulgaria berada antara negara paling rendah dalam Indeks Persepsi Rasuah Transparency International.

Negara Balkan itu menyaksikan tujuh pilihan raya tergempar selepas bantahan antirasuah besar-besaran pada 2020 terhadap kerajaan bekas perdana menteri tiga penggal, Boyko Borissov.

Parti konservatif GERB pimpinan Borissov muncul parti terbesar dalam pilihan raya terbaru tahun lalu, membentuk kerajaan campuran yang memerintah sejak Januari. - AFP


CONTOH TERBAIK

DARI RAKYAT

BULGARIA

AMIN

JANTAN BETINA

TUA MUDA

TURUN KE 

JALAN RAYA

AMIN

 RATUS  RATUS RIBU

KE JALAN RAYA

AMIN

LAWAN RASUAH

HUMBANKAN

KERAJAAN

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan