Khamis, 18 Disember 2025

MELANTIK SCAMENTOR JADI MENTERI AGAMA




Kerajaan jangan pandang enteng sentimen kenapa lantik Menteri W. Persekutuan Cina, Timbalan Menteri Agama kontroversi – Asyraf Wajdi


KUALA LUMPUR –  Anwar bin Ibrahim dinasihatkan untuk tidak menutup mata soal sentimen yang terkait dengan lantikan barisan Kabinet baharu selepas rombakan.

Setiausaha Agung Umno Asyraf Wajdi Dusuki mengingatkan kerajaan agar tidak memandang enteng sentimen yang berlegar dan menangani perkara itu dengan bijaksana.

Menurut Pengerusi Mara itu antara sentimen rakyat yang hangat dibahaskan netizen mengenai rombakan Kabinet ialah “kenapa Menteri Wilayah Persekutuan dilantik seorang berbangsa Cina DAP dan Timbalan Menteri juga daripada seorang berbangsa Cina GRS?

“Apakah nasib Bumiputera bandar? Apakah ini permulaan untuk pilihan raya Kerajaan Tempatan diadakan?

“Kenapa dilantik seorang Timbalan Menteri Agama daripada personaliti yang penuh kontroversi dalam isu Zara Qairina, tentang posting-posting beliau terkait hutang scam emas RM14juta, dan juga mengenai isu amalan doa dan ibadah?

“Apakah pelantikan sosok aktivis PKR sebagai Timbalan Menteri Pengajian Tinggi yang paling lantang menuntut PTPTN dimansuhkan pada zaman Kerajaan BN memerintah dahulu mampu merealisasikan agenda tersebut?

“Ini hanyalah sebahagian daripada sentimen yang kuat berlegar di ruangan media sosial sejak pengumuman semalam. Sentimen sebegini tidak boleh dipandang enteng dan perlu ditangani secara bijaksana,” gesa Asyraf.

Dalam pada itu Asyraf turut mengulas berkait komposisi kaum di kalangan Menteri dan Timbalan Menteri baharu Kerajaan Madani.

“Menteri terdiri Melayu 17 orang; Cina 5 orang; India 2 orang; Bumiputera Sarawak 5 orang dan Bumiputera Sabah 3 orang.

“Komposisi kaum dikalangan Timbalan Menteri pula melibatkan Melayu 10 orang; Cina 5 orang; India 2 orang; Bumiputera Sarawak 7 orang manakala Bumiputera Sabah 6 orang,” perinci beliau.

Dari aspek komposisi parti-parti gabungan kerjasama Menteri dari PKR 9 orang; DAP 5 orang; Amanah 2 orang; BN 8 orang; GPS 5 orang manakala GRS 1 orang.

KAH  KAH KAH

INI KES KLASIK

SCAMENTOR

DILANTIK JADI

MENTERI

AMIN

BUKAN MENTERI

BIASA TAPI

MENTERI AGAMA

AMIN

MENTERI AGAMA

SCAM BERDIRI

RAKYAT SENEGARA

KENCING BERLARI

KAH KAH KAH

KHALAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan