Selasa, 16 Disember 2025

PAGI INI


PAGI INI

PAGI INI

SELASA 16 DISEMBER 2025

DI TEPI PANTAI


PANTAI AUSTRALIA PANTAI GAZA
Dunia heboh kerana 15 Yahudi di tembak MATI  di tepi pantai  Bondi di NSW Australia. Heboh amat heboh – semua pemimpin dua beri komen – kecuali Putin dan  Si Ji Ping.

Di Gaza  tiap hari Arab – berpuluh ratus - di bunuh di tepi pantai – dalam rumah – di tepi jalan TAPI tak heboh macam apa yang berlaku di Bondi.

Ini peranan media yang di miliki oleh Zionis – tapi sekarang dengan  wujud INTERNET maka  warga dunia  boleh  juga baca  lihat dan dengar pandangan yang berbeza – MACAM APA YANG TUKAR TIUB BUAT.

Kita simpati pada keluarga yang di bunuh – bukan hanya yang di Bondi malah di Gaza di Sudan atau di mana saja.

KANTOI
Kempen awal di Pantai  Bondi  nak tunjuk PENGGANAS ISLAM  yang ganas. Ini KANTOI MANTOI bila yang datang melawan  dan  merampas senapang dari pengganas ialah seorang ARAB ISLAM  dari Syria.

Awal lagi Setanyahu dah klim yang merampas senapang dari Pengganas ialah Yahudi – tapi ini kantoi – akhirnya di terima fakta bahawa WIRA  itu Arab Islam dari Syria.

PROJEK NAK KUTUK Islam dan Pendatang gagal meleset.

Heboh ini akan berminggu – kita tunggu dan lihat apa kacang yang akan terus digoreng kah kah kah.

UKRAINE
Berita dah muncul bahawa PERSETUJUAN DAMAI hampir di capai. Trump pun kata damai dah dekat. Tapi belum ada apa komen dari Rusia.

AMERIKA
Trump akan saman BBC sebanyak 10 bilion dolar. Ini kerana BBC buat  suntingan berita yang menggambarkan Trump hasut  orang ramai untuk buat ganas.

SEPANYOL
Kerajaan SOSIALS  memulakan satu langkah radikal. Pas Perjalanan – bas dan kereta api bernilai 60Euro. Pas ini boleh digunakan satu bulan untuk berjalan kemana saja dalam negara.

RUSIA
Rusia menuntut ganti rugi 230 bilion dolar dari Bank  Euroclear yang membekukan 210 bilion dolar wang  Rusia yang tersimpan dalam Euroclear.

KAMBOJA
Kemboja klim soldadu Siam serang kuil Angkor Wat  dan wilayah yang menjadi tumpuan  pelancong.

INDIA
Beratus penerbangan di batal di New Delhi keran jerebu yang amat sangat,

SIAM
PRU Siam akan diadakan pada 8 Februari tahun depan.

HOKKIEN
Pagi ini rintik-rintik – basah sejuk. Matahari tak kelihatan. KL & KL Sentral berkabus tebal. Lopak air disana sini.

Di Pintu Masuk Cengkerik bersimponi menyambut bumi basah. Unggas lain senyap.

Jantan Baik dan Siti datang. Pagi ini tak ramai datang makan. Puppy hanya ada 4 ekor – yang lain entah di mana.

Lepas makan ada Emak tunjuk hebat – berdiri di tembok kubur – Wow – yang lain tunggu gua beri jajan.

Gua harap hari ini akan panas. Basah  sejuk mendung macam ini menjerut hati – mengingatkan gua musim sejuk di Eropah. Amin

BRO
SENYUM
SENYUM DI PAGI
SELASA

BRO
Lu jangan terlalu ikut awek lu  hingga lu  lupa keluarga lu.

BRO
Keluarga ada keindahan – bahagia dalam alam semesta ini.

BRO
Bila kita bersama keluarga lagi ramai lagi damai lagi permai. Amin

BRO
LAKUKAN SEKARANG
LAKUAKN HARI INI
SELAMAT BEKERJA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan