Selasa, 2 Disember 2025

TANDA BUKTI MALAPETAK IKLIM


80 peratus penduduk Hat Yai pulang ke rumah apabila banjir surut, lebih 8,000 kereta ditemui tenggelam

BANGKOK: Hat Yai kini memasuki fasa pemulihan serta pembersihan sepenuhnya selepas sembilan hari bandar itu dilanda banjir besar.

Sekitar 80 peratus penduduk sudah pulang ke rumah masing-masing bagi menilai kerosakan, manakala sebahagian lagi masih berada di pusat pemindahan sementara yang disediakan pihak berkuasa wilayah.

604 maut, 464 masih hilang di Sumatera

BANDA ACHEH: Angka korban akibat banjir dan tanah runtuh dahsyat di Sumatera pada akhir November lalu meningkat kepada 604 orang, manakala 464 lagi masih hilang dan lebih 570,000 terpaksa dipindahkan, menurut Agensi Mitigasi Bencana Kebangsaan (BNPB) pada Isnin, lapor Jakarta Globe.

Bencana yang dicetuskan oleh Taufan Senyar yang membawa banjir kilat, tanah runtuh, angin kencang serta kerosakan besar antara 19 hingga 28 November menjejaskan akses, komunikasi dan logistik di seluruh Sumatera Utara, Sumatera Barat dan Aceh.




BERSEDIA

TAHUN DEPAN

AKAN LEBIH

PARAH

AMIN

DUNIA SEMAKIN

PANAS

AMIN

INI TANDA BUKTI

MALAPETAK 

IKLIM

KHALAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan