Khamis, 13 Februari 2025

ZIONIS KEMBALI MENYERANG GAZA ?


ZIONIS BLACKROCK

BERSEDIA

MENYERANG

KEMBALI GAZA

SUARA LANGAU



Zahid tepis dakwaan DAP menentang agenda Islam, Melayu dalam Kerajaan Perpaduan

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi menepis dakwaan kononnya DAP menentang agenda Islam dan Melayu dalam Kerajaan Perpaduan.

"Dalam mesyuarat Jemaah Menteri, Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke duduk di sebelah kanan saya.

"Sepanjang 25 bulan saya tidak pernah melihat sebarang penentangan terhadap agenda Islam dan Melayu dalam Kabinet oleh DAP," katanya ketika menjadi tetamu Podcast Utama Buletin TV3 yang dihoskan Halim Mohamed dan Azaria Tagaya.

Tambah beliau lagi, ketika Kongres Ekonomi Bumiputera diadakan, Gobind Singh Deo dari DAP turut dilantik sebagai ahli jawatankuasa dan Menteri Digital itu tidak pernah menentang sebarang usul yang dibentangkan.

Bagaimanapun, Ahmad Zahid mengakui dalam setiap parti termasuk UMNO, terdapat segelintir pemimpin yang sering mengeluarkan kenyataan bersifat 'loose cannon' atau bertindak di luar garis dasar parti.

Beliau berharap keserasian yang sudah terbina selama 25 bulan itu akan berterusan hingga mencapai tempoh 60 bulan pentadbiran.

"Apa yang penting ialah dasar kerajaan. Selagi tiada pertentangan dasar dalam kerajaan ini, saya percaya kestabilan akan terus terpelihara," katanya.

Beliau menjelaskan pada November 2022, UMNO dan Barisan Nasional (BN) menetapkan 10 syarat sebelum menyertai Kerajaan Perpaduan yang dititahkan oleh Yang di-Pertuan Agong ketika itu.

"Empat perkara utama yang mesti dipersetujui ialah kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan, hak istimewa orang Melayu, kedudukan bangsa Melayu serta kedaulatan Raja-Raja Melayu.

"Alhamdulillah, Pakatan Harapan (PH) menerima semua syarat berkenaa tanpa sebarang penolakan," katanya.

Sementara itu, Ahmad Zahid menegaskan Kerajaan Perpaduan yang terbentuk hari ini adalah hasil daripada 'Grand Coalition' atau gabungan besar yang terdiri daripada 18 parti politik.

Menurut beliau, daya tahan kerajaan ketika ini wujud hasil persefahaman dan keserasian antara parti gabungan, meskipun sebelum ini mereka pernah menjadi seteru politik yang ketara.

"Bukan mudah untuk mempertahankan kerjasama itu. Saya dan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah saling mengenali hampir 40 tahun sejak zaman UMNO lagi.

"Saya ketika itu merupakan Ketua Pemuda UMNO, manakala beliau pula Timbalan Presiden UMNO sebelum dipecat pada 1998," katanya.

Ahmad Zahid turut berkongsi pengalaman peribadinya ketika melalui detik sukar, termasuk ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada 1998, namun beliau menyatakan dirinya tetap setia kepada UMNO.

BILA LANGAU

JUMPA TAIK

SEMUA BERUBAH

AMIN

BILA JUMPA

BANGKAI

TERUS SENYAP

KAH KAH KAH

KHALAS

PERSEDIAAN UNTUK ESOK


PERSEDIAAN

UNTUK DEMO

ESOK JAM 2 PTG 

MENARA 

TABUNG HAJI










INI BERITA BAIK



Trump dan Putin akan bertemu di Arab Saudi mengenai Ukraine

MOSCOW: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump berkata, beliau dan Presiden Russia, Vladimir Putin berkemungkinan besar dijangka bertemu di Arab Saudi.

Bagaimanapun, bila pertemuan itu akan diadakan belum dimaklumkan, tetapi Trump berkata, ia akan berlangsung "dalam masa terdekat."

"Kami akhirnya menjangka akan bertemu," kata Trump kepada wartawan di Pejabat Oval, di sini, pada Rabu.

"Malah, kami menjangka bahawa beliau akan datang ke sini, dan saya akan pergi ke sana, dan kami juga akan bertemu, kemungkinan besar di Arab Saudi. Kali pertama kami akan bertemu di Arab Saudi."

Terdahulu, Trump dan Putin berbual di telefon dan menyifatkan perbualan lebih sejam itu itu sangat baik.

Dalam perbualan itu juga, Putin menjemput Trump untuk melawat Moscow, menurut kenyataan yang dikeluarkan Kremlin.

Semasa panggilan itu, Putin "menyatakan kesediaannya" untuk menerima pegawai Amerika Syarikat (AS) dan menyokong kenyataan Trump sudah tiba masanya bagi kedua-dua negara untuk "bekerjasama," kata jurucakap Kremlin, Dmitry Peskov, kepada wartawan.

Peskov turut memaklumkan, Trump menyuarakan hasratnya untuk menamatkan "permusuhan di Ukraine secepat mungkin."

Presiden AS terakhir yang melawat Russia ialah Barack Obama, ketika menghadiri Sidang Kemuncak G20 di St. Petersburg pada tahun 2013.

INI BERITA BAIK

UNTUK EROPAH

DAN DUNIA

AMIN

TAMATKAN

PERANG DAN

SELAMATKAN

ANAK MUDA

KHALAS

ANAK MUDA BANGUN MELAWAN


 Mahasiswa:  

Sejarah Pewarsi Tradisi Melawan

Gerakan mahasiswa di Malaysia mempunyai sejarah panjang sebagai kuasa penggerak perubahan sosial dan politik. Ia berkembang dari era pasca kemerdekaan hingga kini, melalui pelbagai gelombang perjuangan yang mencerminkan perubahan sosio-politik negara.

Dari era anti-kolonial hingga era digital, gerakan mahasiswa tetap menjadi suara penting dalam perjuangan rakyat. Dari jalan raya ke dewan kuliah, dari Baling ke Reformasi, gerakan mahasiswa sentiasa menjadi suara rakyat yang tidak gentar melawan ketidakadilan.

Bagaimana mahasiswa dahulu berjuang? Bagaimana pula perjuangan ini diteruskan hari ini? Forum ini boleh menjadi ruang penting untuk membincangkan kesinambungan gerakan mahasiswa dari dulu hingga kini, serta cabaran dan peluang di masa depan.

📅 15 Februari 2025 (Sabtu)
📍 Rumah Mandiri (32, Jalan terus 4/42, Bandar petaling jaya, 46050, Petaling, Selangor)
⏰ 14:30 - 16:00
🍽️ Makan & Minum adalah PERCUMA

Menampilkan barisan panel hebat:
🎙 Hishamuddin Rais – Political Activist
🎙 Ruhan Shahrir – Universiti Bangsar Utama
🎙 Zuren – Himpunan Advokasi Rakyat Malaysia

Daftar kehadiran anda sekarang dengan mengisi google form atau scan QR code yang telah disediakan: https://forms.gle/RSF3fzAfUnqS8bUt9

Mahasiswa juru bicara rakyat!

PEGAWAI KERAJAAN BELOT !!!

 

APA MAKNA

KES RASUAH INI?

LIHAT SEMUA MAKLUMAT'
TELAH ADA DALAM TANGAN
CIKGU BARD
APA MAKNANYA

MAKNANYA
ORANG DALAM SENDIRI
YANG PECAH
YANG BOCOR MAKLUMAT
BERI PADA CIKGU BARD

INI MAKNYA
PEGAWAI JABATAN KERAJAAN
MENOLAK RASUAH
DAN 
MENOLAK KERAJAAN
MANDANI ANWAR BLACKROCK
AMIN

BAPA PEMBEBASAN RASUAH



BEZA NYA

ANWAR

 BLACKROCK

BERKEMPEN

NAK HAPUSKAN 

RASUAH

KHALAS

Unknown commented on 
"PROJEK SEWA HELI - 
NAK KAYAKAN KRONI ?"

Kah kah bukan kah ini budaya biasa di negara ini? Bukan kah perasuah pemasang kabel optik, pencari projek, peminat komisen, lumrah kehidupan sini? Apa bising sangat? Semasa dia berkuasa sama saja, zaman Atok sehingga sekarang semuanya sama, tak ada beza, tak ada pelik tak ada jelik pun?

Kenapa tiba-tiba buat terkejut kenapa buat terangsang sangat kah kah kah, ini darah daging ini kiblat perjuangan dalam kekal kuasa hegemoni ketuanan DEB politik agama bangsa negara semuanya akan menjurus kepada budaya rasuah menjaga kroni kah kah kah sekarang peluang mereka tak payah bising, nanti peluang engkau sampai kaut lagi kah kah kah kerana majoriti masih taksub lagi kah kah kah cakap bodoh nanti marah kah kah kah

ESOK PETANG KITA BERDEMO



ESOK PETANG

JANGAN LUPA

 KITA BERDEMO



ANAK RAZAK ATAU CUCU RAZAK


Kerajaan, Razak Baginda diarah bayar RM9 juta kepada keluarga Altantuya


SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi semalam memerintahkan kerajaan dan penganalisis politik Abdul Razak Baginda membayar lebih RM9 juta kepada keluarga model Mongolia, mendiang Altantuya Shaariibuu.

Peguam Sangeet Kaur Deo yang mewakili keluarga mendiang Altantuya, berkata Pesuruhjaya Kehakiman M Sumathi membenarkan permohonan penggantungan bersyarat oleh kerajaan dan Abdul Razak selaku defendan terhadap bayaran ganti rugi itu.

"Mahkamah memerintahkan kedua-dua defendan masing-masing mendepositkan RM4.702 juta termasuk faedah dan kos RM25,000 kepada firma guaman Karpal Singh & Co dalam tempoh 30 hari bermula hari ini sementara menunggu pelupusan rayuan kes saman itu di Mahkamah Rayuan," katanya.

Menurutnya, rayuan defendan terhadap keputusan kes saman itu dijadualkan didengar pada 19 Mei ini.

Sementara itu, Peguam Kanan Persekutuan Samiah Rhazali dan Nik Mohd Noor Nik Kar yang mewakili kerajaan ketika dihubungi mengesahkan perkara itu.

Ibu bapa Altantuya, Dr Shaariibuu Setev dan Altantsetseg Sanjaa, serta cucu mereka, Mungunshagai Bayarjargal, selaku plaintif, memfailkan saman RM100 juta pada 4 Jun 2007 dengan menamakan dua bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK), Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar, serta Abdul Razak dan kerajaan Malaysia sebagai defendan.

Pada 16 Disember tahun lalu, Hakim  Vazeer Alam Mydin Meera, yang kini Hakim Mahkamah Rayuan, membenarkan saman itu dan memerintahkan defendan bersama-sama membayar ganti rugi am, teruk dan teladan berjumlah RM5 juta kepada keluarga berkenaan.

Hakim turut memerintahkan keempat-empat defendan masing-masing membayar kos RM25,000.

Dalam penyataan tuntutan, keluarga itu mendakwa kematian Altantuya menyebabkan mereka mengalami kejutan mental dan trauma psikologi yang melayakkan mereka menerima ganti rugi teladan dan teruk.

WOIT

INI ANAK RAZAK

ATAU CUCU

RAZAK

AMIN

SATU MALAYSIA

MAHU TAHU

AMIN

KHALAS

PERANG GAZA MULA SEKALI LAGI




Israel ancam lancar 'perang baharu' terhadap Hamas, melaksanakan pelan Presiden AS untuk mengusir rakyat Palestin

GAZA: Israel semalam bertindak mengancam untuk melancarkan 'perang baharu' terhadap Hamas dan melaksanakan pelan Presiden Amerika Syarikat (AS) untuk mengusir rakyat Palestin dari Semenanjung Gaza yang kini musnah teruk.

Ugutan itu dibuat sekiranya Hamas tidak membebaskan tebusan pada hujung minggu ini.

Kenyataan oleh Menteri Pertahanan Israel, Israel Katz itu selepas Hamas menegaskan pihaknya tidak ada tunduk terhadap ancaman AS dan rejim Zionis berhubung pembebasan tebusan di bawah perjanjian gencatan senjata yang rapuh.

Beliau berkata Israel akan meneruskan perang jika Hamas gagal membebaskan tebusan itu pada Sabtu ini.

CUEPACS persoal kontrak 30,000 kakitangan tiada SPM ditamatkan
"Perang Gaza yang baharu... tidak akan berakhir tanpa kekalahan Hamas dan pembebasan semua tebusan. Ia juga akan membolehkan realisasi visi Presiden AS Trump untuk Gaza," katanya.

Pada hujung minggu ini bakal berlangsung pertukaran tebusan-tahanan keenam seperti dijadualkan, mengikut terma perjanjian berkenaan.

Hamas pula menegaskan yang pihaknya akan menangguhkan urusan pembebasan itu dengan alasan pelanggaran dilakukan oleh Israel.

Beberapa jam kemudian, Presiden AS, Donald Trump masuk campur dengan amaran bahawa 'malapetaka' akan tercetus jika Hamas gagal membebaskan semua tebusan menjelang waktu itu.

Ketika ini, perantara Qatar dan Mesir sedang berusaha untuk menyelamatkan perjanjian gencatan senjata yang berkuatkuasa bulan lalu.

Perkara itu dimaklumkan seorang sumber Palestin dan seorang diplomat yang biasa dengan rundingan itu.

Sementara Hamas memberitahu bahawa perunding utamanya kini berada di Kaherah.

Gencatan senjata itu sebahagian besarnya menghentikan lebih daripada 15 bulan pertempuran dan menyaksikan tebusan Israel dibebaskan dalam jumlah kecil.

Ia sebagai pertukaran untuk rakyat Palestin yang berada dalam tahanan rejim Zionis. Bagaimanapun masih terlalu awal kerana perjanjian itu kini baru berada di fasa pertama selama 42 hari dan ia semakin goyah.

HAMAS

TIDAK  TAKUT

TIDAK

BERGANJAK

AMIN

 ERTINYA

GERILA HAMAS

MASIH KUKUH

PELURU MASIH

MASIH BANYAK

AMIN

KHALAS

BLACKROCK SYARIKAT YAHUDI ZIONIS

 


BLACKROCK

SYARIKAT 

YAHUDI ZIONIS

AMIN


Unknown commented on
 "KAPIR BAIK KAPIR MENOLAK BLACKROCK"

Yang cium tangan kira macam mana? Halal tak? Kenapa dengan kafir saja? Mana lari semua masuk negara kafir belaka? Pintu pagar sempadan pun tak mahu buka nak kira halal atau tidak? Kah kah kah black rock siapa punya? Kerja siapa jual? Orang asing atau orang sendiri? Kah kah kah hantuk batu hitam sama black rock tak? Saja bertanya takut tersilap hantuk kepala tempat warna lain pulak kah kah kah

SEMPADAN KITA DI KHIANATI



SEMPADAN KITA

DI KHIANATI

AMIN

Unknown commented on 
"PAGI INI"

AWAS!!!
MEREKA AKAN NYELUDUP
MASUK KE MALAYSIA
INI AKIBAT BESAR
YANG KITA HADAPI
TIDAK LAMA LAGI
AMIN

Sedang menghadapinya.
berapa ramai yang masuk dengan niat tidak mahu keluar.
sengaja menyorok daripada kena hantar balik ke negara asal.

Padan lah dengan penguatkuasa kita di sempadan.
kenyang buntang dengan duit haram bagi lepas masuk semua orang.

Bila rakyat komplain pendatang terlalu ramai, maka penguatkuasa akan buat wayang tunjuk ke media yang diorang buat kerja. serbu sana serbu sini.
walhal awal2 lagi sudah kautim dengan towkey. dapatlah sauk 3-4 ekor yang boleh jadi modal untuk media lapor. untuk buat logs tanda buat kerja.

nanti sudah pencen boleh pergi ke tanah suci anak beranak,
konon penyucian jiwa. samada mahu mengakui kebenaran atau tidak

PAGI INI



PAGI INI


KHAMIS 13 FEBUARI 2025
ESOK HARI 
 GAGALIS SEDUNIA
KAH KAH KAH

KITA  RAYAKAN
DENGAN SATU DEMO
MENENTANG MAHARAJA TRUMP
JAM 2 PETANG 
BERHIMPUN DI MENARA
TABUNG HAJI
KITA BERARAK KE KEDUTAAN
AMERIKA

KITA LAKUKAN INI
TANDA SOKONGAN KITA
TERHADAP PERJUANGAN
ADIL RAKYAT PALESTIN

AWAS !!!
HARI  HARI KITA BACA
ADA BERITA TEMBAK SANA
TEMBAK SINI
APA SEDANG BERLAKU
JENG JENG JENG

APA DI BELAKANG INI SEMUA
JENG JENG JENG

TERTIBA  
MAMAT ADA SEPITOL
MENEMBAK DI PASAR RAYA

TERTIBA
ADA MAMAT TEMBAK
BERDAS DAS
TAPI TAK MENGENA
JENG JENG JENG

APAKAH SEMUA
INI PROJEK
MENGOLAH PERSETUJUAN?
JENG JENG JENG

AMERIKA
TRUMP 
BERBINCANG DENGAN PUTIN
MELALUI TALIPON
LEBIH SATU JAM
INI PETANDA BAIK

UKRAINE
AMERIKA KATA
TAMATKAN PERANG
DAN TERIMA HAKIKAT
SEMPADAN  UKRAINE
AKAN BERUBAH

GAZA
GENCATAN SENJATA MUNKIN
TERBARAI
ISREAL DAN AMERIKA BERI
AMARAN


AMERIKA
TRUMP BUAT DASAR
UKRAINE TIDAK AKAN
MENJADI WARGA 
NATO

ISRAEL 
ANCAM PERANG BARU
TERHADAP HAMAS
HAMAS KATA
SILAKAN

HOKKIEN
PAGI INI CERAH SEGAR KERING
MATA HARI DAH KELUAR
CAHAYA BERSINAR
KL & KL SENTRAL BERKABUS NIPIS

HA HA
TERKUKUR BERSUARA
DARI ATAS BUKIT
DI BUMI SUARA MESIN RUMPUT
DI UDARA SUARA
PESAWAT MELINTAS

TUK  TUK TUK
DARI ARAH KWANTUNG
TIONG BERKELIARAN
DEKAT ABANG MESIN RUMPUT

HARI INI AKAN PANAS
PANAS SAMPAI KE PETANG
REDUP DAN MENDUNG
MUNGKIN SAMPAI
TANDA MUSIM UJAN
DAH BERUNDUR

BRO
SENYUM
SENYUM
DI PAGI KHAMIS

BRO
JIKA LU GILA
NAK MILIK HAK ORANG LAIN
AWAS 
HAK MILIK LU JUGA MUNGKIN
ILANG

BRO
SOSOK YANG TAMAK
SELALU MAHU LEBIH
SOSOK YANG RAKUS
SENTIASA TAK PUAS

BRO
LU AKAN BIJAK
JIKA LU BELAJAR
DARI KESILAPAN
ORANG LAIN
AMIN

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI

SELAMAT BERKERJA